Bertuah sungguh wanita dari California ini yang mendapat rezeki terpijak apabila berjaya membeli tiga rumah terbiar di Sicily, Itali dengan hanya AS$ 3.30 (kira-kira RM14.90).
India Times melaporkan, Rubia Daniels iaitu ekspatriat Brazil berusia 49 tahun, membeli rumah itu pada 2019 sebelum ambil inisiatif membuat baik pulih.
RUBIA Daniels (kiri) membeli rumah terbiar dengan harga rendah. FOTO Agensi
Daniels bekerja dalam industri solar dan secara kebetulan dapat tahu ada rumah terbiar terbiar dijual dengan harga murah di Itali dalam usaha mengisi semula bandar terpencil di negara ini.
Berita itu menarik perhatian Daniels dan dia mengikut kata hatinya untuk membeli rumah berkenaan.
"Saya cari maklumat dalam masa tiga hari mendapat tiket kapal terbang, kereta sewa, hotel sebelum pergi," katanya.
Sebaik dapat tahu harga rumah berkenaan, Rubia bertolak ke Mussomeli iaitu sebuah bandar kecil dengan kira-kira 10,000 penduduk dan terletak berhampiran pusat Sicily, sebuah pulau di luar tanah besar Itali.
Daniels ada perancangan untuk tiga hartanah yang dibelinya iaitu antaranya menjadikan salah satu rumah sebagai galeri seni, manakala sebuah lagi dibangunkan menjadi pusat kesihatan untuk masyarakat.
Selepas membeli hartanah pada Julai 2019, Daniels terus menggerakkan kerja baik pulih dan pengubahsuaian.
Buat masa ini, bahagian luar bagi dua kediaman sedang diubahsuai namun pemulihan pusat kesihatan masih belum dimulakan kerana ada kekangan sebelum ini akibat Covid-19.
Sumber: Harian Metro |