CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183|Reply: 0

[Selangor] Dugaan ‘rider’ pelanggan bayar guna duit buruk

[Copy link]
Post time 22-5-2023 11:43 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video seorang penghantar makanan menunjukkan duit syiling buruk yang dibayar oleh seorang pelanggan.



PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan kecewa apabila pelanggannya didakwa menipu dengan membayar tempahan makanan yang dihantar menggunakan duit syiling lama serta kelihatan buruk.

Menerusi video dimuat naik fadlibakar97.0 pada TikTok, makanan itu ditempah dari sebuah perumahan di Semenyih, Selangor dan dia tidak bertemu individu tersebut berikutan pelanggan itu memintanya meninggalkan bungkusan makanan di luar rumah.

“Ini rumah orang yang tipu tu, dia bagi duit buruk. Makan sedap-sedap, tengok duit ni. Dia cakap letak makanan di luar rumah dan duit ambil dalam sampul. Balik rumah, tengok duit macam ni (menunjukkan keadaan duit buruk).

“Tekan loceng banyak kali, RM6 lebih (harga makanan) nak tipu, apalah orang ni. Tak apalah, jawab di ‘sana’ nanti (akhirat). Bukan senang nak cari duit, kena tipu pula, semua sekali RM6 lebih,” katanya menerusi video yang dimuat naik.

Perkongsian itu menerima maklum balas yang pelbagai daripada pengguna media sosial termasuk bersimpati dengan ujian dihadapi lelaki tersebut.

Ada juga pengguna TikTok memujuk lelaki itu supaya bersabar dan meninggalkan komen berkemungkinan pelanggan tersebut berdepan kesusahan sehingga terpaksa membayar makanan dengan duit syiling buruk.

“Bersangka baik dik, mungkin dia tengah susah. Anak-anak lapar kot, dia malu. Insya-Allah, Allah gandakan rezeki adik nanti, semoga dipermudahkan urusan,” kata ABESCANIA8187.

“Bersangka baik bro, mungkin duit itu saja yang dia ada untuk makan. Halalkan saja,” ujar SHAH.

“Bersangka baik saja dik, mungkin dia betul-betul dalam kesusahan. Ada tu Allah gantikan yang lebih untuk awak,” komen Amirahsnajib.

Sementara itu, ada juga pengguna media sosial memberikan pelbagai cara untuk membersihkan wang syiling itu kepada lelaki tersebut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... ar-guna-duit-buruk/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.033865 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list