CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

Tiket ‘sold out’ di Jakarta bukan masalah, Al Ghazali tonton konsert Coldplay di London

[Copy link]
Post time 26-5-2023 07:50 AM | Show all posts |Read mode





TIDAK hanya di Malaysia, tiket konsert kumpulan Coldplay di Jakarta, Indonesia turut habis terjual dalam tempoh sejam sehingga ramai meluahkan rasa kecewa kerana gagal membeli tiket.


Penyanyi Al Ghazali yang juga anak kepada Ahmad Dhani turut gagal mendapatkan tiket konsert itu namun ia bukan satu masalah besar buatnya.


Ini kerana Al Ghazali sudah pun membeli dua tiket konsert Coldplay di London kerana kebetulan dia memang ingin ke negara tersebut.


"Sebenarnya saya sudah beli tiket menonton konsert itu di London sudah lama. Saya tidak begitu bimbang bila tak dapat beli tiket persembahan di Jakarta," katanya.


Al Ghazali juga mahu menonton konsert itu dalam suasana berbeza dan berharap dapat berseronok melihat aksi kumpulan kesayangannya itu beraksi.


Coldplay bakal mengadakan konsert di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta pada 15 November.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.052527 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list