CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

[Johor] Peniaga gigit jari durian RM3,000 kena kebas

[Copy link]
Post time 27-5-2023 12:38 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN gerai durian milik Mohd. Ghazali yang kosong selepas jualannya dilarikan seorang lelaki petang semalam.



KLUANG – Seorang penjual durian di Jalan Kota Tinggi – Kluang berhampiran bulatan Mardi di sini hanya mampu menggigit jari selepas semua buah durian yang dijualnya habis dilarikan seorang lelaki petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.20 petang itu, mangsa, Mohd. Ghazali Esa, 45, mengalami kerugian kira-kira RM3,000 selain perlu mengganti rugi kepada pembekal buah berkenaan.

Menurut Ghazali, kejadian terlalu pantas sehingga dua orang lagi pekerja yang ada digerai sama tergamam melihat lelaki berkenaan terus memecut laju ke bulatan Mardi dan tidak dapat dikesan arah tujuannya.

“Lelaki dalam lingkungan 40-an datang ke gerai dengan menaiki pacuan empat roda Mitsubishi Triton dan bertanya harga buah durian dan mahu membeli kesemua stok yang ada.

“Pekerja bawa naik semua durian ke dalam pikap sebelum lelaki itu cakap nak ambil duit dan hidupkan enjin terus pecut bawa lari. Kami pun belum mendapat sebarang keuntungan kerana ini adalah hari pertama gerai kami dibuka,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan kes bukan dikategorikan sebagai samun namun melarikan jualan mangsa. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... -rm3000-kena-kebas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.058277 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list