CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3533|Reply: 58

Pengurusan Kelantan FC Kejam, Tak Berperikemanusiaan- Tak Bayar Gaji Pemain Sampai Kereta Ditarik, Nak Makan Pun Tak Ada Duit

[Copy link]
Post time 29-5-2023 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pengurusan Kelantan FC  dilabel tidak berperikemanusiaan gara-gara majoriti pemain skuad itu berada dalam tekanan hidup yang dihimpit komitmen bulanan ekoran kegagalan mendapatkan gaji penuh setiap bulan.


Situasi itu nyata menekan pemain-pemain skuad The Red Warriors (TRW) pada setiap hujung bulan yang terdesak untuk meneruskan kelangsungan hidup, malah ada diantara mereka kehilangan kereta selepas ditarik oleh pihak bank.




Foto: utusan




Penjaga gol Kelantan FC, Farhan Abu Bakar berkongsi kisah sedih apabila gaji tertunggaknya tidak dibayar penuh, sebaliknya dia diminta oleh pihak pengurusan untuk memohon duit pendahuluan "advance".


Katanya, tindakan untuk memohon wang pendahuluan itu agak pelik kerana TRW ada tertunggak bayaran gaji bulan April.


"ada Khamis lalu nama saya tiada dalam senarai pasukan ke Kuala Terengganu untuk perlawanan Piala FA, jadi saya bergerak ke KL (Kuala Lumpur) dari Kota Bharu untuk menghantar anak dan isteri balik ke KL.


"Saya sampai di KL pada jam 8 pagi hari Jumaat. Lepas itu saya masukkan anak dalam rumah, buatkan susu dan tukar pampers. Selepas beberapa minit lepas saya keluar rumah tengok-tengok kereta dah hilang.










"Saya hubungi bank dan mereka sahkan menarik kereta saya. Selepas itu saya hubungi Boszam (pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman) untuk meminta bantuan sebab sebelum ini dia pernah cakap dan buat posting di Facebook, di mana kalau perlukan duit boleh 'call' saja dia.


"Bila saya call, dia cakap tak nampak saya betul ke saya ada dalam pasukan. Saya terkejut sebab saya hari-hari berlatih bersama pasukan dan banyak gambar-gambar saya diambil pihak media pasukan dimuat naik di laman sosial pasukan.


"Kemudian dalam pukul 11 malam hari Jumaat itu juga, gaji masuk tapi pengurusan bayar separuh saja untuk gaji bulan April. Gaji saya cuma RM5,500 saja sebulan, jadi mereka hanya bayar RM2,750 saja.


"Kalau nak ikutkan mana cukup untuk saya ambil balik kereta kerana saya kena bayar RM3,960 untuk ambil balik dari pihak bank. Jadi bila saya hubungi bahagian kewangan pasukan, mereka boleh pula suruh saya mohon 'advanve', sedang yang saya minta itu gaji saya.


"Itu baru cerita pasal diri saya, belum lagi pemain-pemain lain. Saya boleh cakap, tak ada satu pun benda baik yang saya boleh kongsi pasal pengurusan. Dia seolah tak ada berperikemanusiaan ada juga pasukan-pasukan lain yang saya main sebelum ini berdepan masalah gaji, tapi mereka ada sikap perikemanusiaan," katanya ketika dihubungi Arena Metro.










Situasi sama turut dialami seorang lagi pemain yang enggan namanya dikongsikan apabila mengakui dilayan seperti dirinya tiada harga diri.


Dia yang sudah menamatkan kontrak dengan Kelantan FC pada hujung Mac lalu, mendedahkan dirinya disingkirkan daripada pasukan kerana hanya mempersoalkan mengapa gaji dibayar lewat.


"Saya sertai Kelantan FC bermula 3 Januari 2023 dan itu latihan pertama saya sertai. Gaji lewat itu biasalah, tapi bila tak masuk hingga hujung bulan Februari saya dah mula bertanya.


"Bila saya bersuara, pengurusan tak boleh terima dan ada sedikit pertelingkahan. Pengurusan suruh mohon 'advance', kenapa pula saya perlu mohon benda itu sedangkan gaji saya tak dibayar.


"Akhirnya Norizam tamatkan kontrak saya dan saya setuju saya dah dapat kesemua tunggakan tiga bulan itu. Nasib baik saya ambil langkah awal tinggalkan pasukan, kalau tidak mungkin lebih parah lagi," katanya.


Ujarnya lagi, pendedahan bekas jurulatih dari Korea Selatan, Choi Moon-sik mengenai layanan tidak profesional pengurusan memang benar terutama soal kebajikan dan pemakanan.


"ernah masa kami nak makan, cuba bayangkan kami hanya dihidangkan nasi putih dengan satu tray yang ada telur, tapi telur itu hanya ada satu jaa telur kuning dengan selebihnya telur putih jaa..


"Memang menyedihkan boleh jaa pengurusan tak payah sediakan makanan untuk kami dan kami boleh makan di luar, tapi nak makan kat luar macam mana kalau tak ada duit," kata pemain berpengalaman itu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2023 10:27 AM | Show all posts
bukan ke owner skang zam burger tu?ri tu ckap zam burger zam saham zam hotel ni kaya namati..last2 kereta player kena tarik..cm bangang sama la dgan tok bidak tu last2 gaji kelaut masa dia jadi owner trw
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 10:50 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 29-5-2023 10:55 AM

negeri lobai ni drpd Air smpai la ke bola semuanya bermasalah..

sskjp pun sma bodoh dah tahu gomen negeri ko gagal serba serbi tapi dok undi lagi tak serik2.so hadap je la takyah komplen apa2
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Inilah realiti liga M andai diswastakan. Mmg byk kelab akan bungkus sbb liga M ni bukan lubuk duit......

Nk hidup kan balik liga M ni nak x nk mmg kena politician dgn kerajaan negeri yg funded......

JDT tu exceptional, sbb TMJ bkn perlu pikir ROI, sbb dia bkn businessman yg profit oriented.... TMJ cuma history dan record oriented, money doesn't matter
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 11:10 AM | Show all posts
kereta apa tuwwwwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 29-5-2023 02:57 AM
Inilah realiti liga M andai diswastakan. Mmg byk kelab akan bungkus sbb liga M ni bukan lubuk duit.. ...

Liga M ni sebenarnya lubuk utk deduct tax.
Rasanya TMJ tu ramai sponsor.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2023 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ari tu aku nampak penyokong TRW kot pakai T shirt iklan 'Chang'

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 29-5-2023 11:52 AM
Liga M ni sebenarnya lubuk utk deduct tax.
Rasanya TMJ tu ramai sponsor.

How? Cer citer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2023 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak paham, korang dah tak dibayar gaji, duk tunggu macam tunggul apa lagi.. dah tak payah kerja sebagai pemain bola, pi cari kerja lain.. pakat ramai2 saman sampai kering pihak pengurusan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 29-5-2023 10:50 AM
negeri lobai ni drpd Air smpai la ke bola semuanya bermasalah..

sskjp pun sma bodoh dah tahu gomen  ...

Xsilap i zamsaham ni org johor. Baik dgn tmj. I pon xsuka kerajaan kelate hauk tp ni rasanya xde kaitan dgn kerjaan negeri sbb kelab boleh malaysia semua dah diswastakan
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 29-5-2023 10:50 AM
negeri lobai ni drpd Air smpai la ke bola semuanya bermasalah..

sskjp pun sma bodoh dah tahu gomen  ...

Undi duit, ini la hasilnya.. yang masalahnya, golongan perantau yang balik mengundi.. dah siap undi dapat duit, belah balik negeri depa keje.. yang duk kampung hadap bau taik yang ditinggalkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 29-5-2023 10:57 AM
Inilah realiti liga M andai diswastakan. Mmg byk kelab akan bungkus sbb liga M ni bukan lubuk duit.. ...

Awal2 je havoc masa diswastakan. Smua nk jd mcm jdt last2 bgkus kalau i pon xnk sponsor walau i kaya. Lain la kalau rete tu daripada keturunan yg ko xperlu usaha utk dptkan duit tu kan? mmg hancuss da liga M ni. X sangka masih ada yg sggup turun pdg nk tgk. Bkn pasal swasta ke x, tp prestasi xkemana, semakin teruk. Piala asia pon xmenang2
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 12:44 PM | Show all posts
tak payahlah main bola, lain lah JDT
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 02:36 PM | Show all posts
Zam ni dia buat player2 ni mcm Jurujual. Kena meet target.
Owner buat kelab bola sepak KFC ni mcm alat marketing. Utk promote diri dia sbg usahawan. Setiap kali mention KFC, org akan sebut nama Zam Burger. Tulis lagi pasal hotel, pasal cerita dia main saham. Jadi satu Malaysia akan kenal dia. Dan tak langsung akan tahu produk2 dia. Internet cover, Stesen TV cover.
Player2 pulak kalau x nak main, nanti nak pi kerja di mana? Bukan kerja dgn company hantar barang. Tahun ni Fedex, tahun depan JnT, lps tu tukar masuk pos Malaysia pulak.
Kesian dgn player2 ni. Profesional football player tapi Zam Burger ni buat mcm Sales Man, worst, even sales man pun ada basic, wlpn 1300. Dpt sales cukup kuata ke tidak masih dapat basic. KAlau x dpt kuata 3 bulan kena berenti
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 02:37 PM | Show all posts
tunggu sang putera raja drpd sebuah negeri selatan beri sepatah dua  komen
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
pergi kawen dgn org africa lahirkan penmain bolasepak muka afrika spt negara perancis, Malaysia ni baka katik baka tak kuat lari lembik bolasepak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2023 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Liga super ni kene ada at least 20-30uta semusim/setahun kalau nak top 4.kene ingat, 30 juta ni hangus atau sikit je duit masuk.jualan jersi dgn merchandise tak banyak.tiket pulak cuma bila game besar je full house,selain tu tak sampai 2000 org pun average,tu pun duit kene bahagi dgn pihak stadium utk bayaran sewa stadium.
Kata la semusim(setahun) jumlah sponsor RM5 juta,balance lagi 20-25 juta ni duit poket sendiri la yg confirm hangus/takde pulangan.siapa je yg byk duit sanggup habiskan 20-25 juta tiap2 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 02:59 PM | Show all posts
Pseudoscience Watch dah londehkan dah mamat ni..
Team2 ni semua mesti dapat duit sponsor, TV money, etc... jangan dia rollingkan masuk bisnes dia sudah.. Byk bisnes dia mcm dah mati segan hidup tak mahu aje..

MAsalah dia.. most of these football clubs, even yang glemer gile kat EPL ke La Liga ke Serie A ke mana ada buat duit.... mmg bleed money aje.. kat Malaysia lagi la... so regulation body takleh nak memilih sangat sapa yang nak takeover, janji ada working paper, ada duit sikit nak bayar hutang, sudah..

Pastu player2 bola ni mmg dah biasa gaji di bayo lambat, tak dapat gaji 2-3 bulan... so pusing2 sama aje... unless kau main utk JDT la... JDT support bagus.. owner komited.. owner lain sume suke2 aje..

Satu lagi.. mcm mamat ni.. nama pun tak glemer... tak main 1st team pun.. tapi basic gaji still 5500... kalau dia buat keje lain ada nak dapat mcm tu.. kalau bawak grab pun keje siang malam baru nak dapat nett mcm tu.. so diorang ni selagi ada orang nak... diorang main aje ahh.. gaji tak masuk ke, masuk lambat ke, belakang kire..


Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 03:04 PM | Show all posts
mamajawie replied at 29-5-2023 10:27 AM
bukan ke owner skang zam burger tu?ri tu ckap zam burger zam saham zam hotel ni kaya namati..last2 k ...

kali lipat tu,,, jgn caya sangat

scammer mcm mark henry aka pengutip sampah jadik miliyunair & tok laki helijah
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 03:13 PM | Show all posts
semua team pun bermasalah bab gaji...i tunggu menteri sukan buat satu formula utk selamatkan bolasepak negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.266936 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list