View: 3175|Reply: 48
|
Guna Duit PIBG Biaya Kos 'Team Building' Guru, Usahawan Kosmetik Dakwa Dana PIBG Diseleweng
[Copy link]
|
|
Penyelewengan dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) oleh sebuah sekolah kebangsaan di Kedah terbongkar selepas didedahkan seorang usahawan kosmetik.
Auni Nazmi Azhar, 30, berkata, penyelewengan membabitkan jumlah keseluruhan RM16,000 itu berlaku tahun lalu ketika beliau memegang jawatan sebagai Yang Dipertua (YDP) PIBG sekolah berkenaan.
WAN Azmir (kanan) dengan Auni mengenai penyelewengan wang PIBG. FOTO Amirudin Sahib
Menceritakan kejadian, beliau berkata, pihak pentadbir sekolah dua kali membuat pengeluaran wang dana PIBG masing-masing berjumlah RM10,000 dan RM6,000 antara September hingga Oktober lalu.
"Sebelum itu, saya ada bertanya tujuan pengeluaran dan mereka beri alasan untuk pembangunan infrastruktur lalu saya minta mereka mengemukakan kertas kerja. Mereka beritahu kertas kerja sudah siap dan berada di sekolah.
"Namun apabila saya ke sekolah untuk menandatangani kertas kerja yang dikatakan sudah siap, ia gagal diserahkan lalu saya menggesa wang dikeluarkan itu dipulangkan semula tetapi pihak pentadbir sekolah hanya memulangkan RM10,000 sahaja.
"Malangnya, pada mesyuarat PIBG Januari lalu, kertas kerja diberikan bercanggah dengan tujuan asal pengeluaran iaitu pembelian baju dan bayaran bas bagi program 'team building' guru yang tidak membabitkan murid sekolah," katanya dalam sidang media di syarikat guaman HWAM di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah HWAM yang juga peguam, Datuk Wan Azmir Wan Majid.
Mengulas lanjut, Auni berkata, PIBG meminta pihak pentadbir sekolah memulangkan semula wang berkenaan dan setakat ini pentadbir sekolah hanya memulangkan wang sebanyak RM10,000.
Berikutan itu, katanya, beliau membuat laporan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selain tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya tiada tindakan lanjut diambil.
"Saya bimbang nama baik saya dan syarikat tercemar disebabkan salah laku pihak pentadbir sekolah. Saya berasa bertanggungjawab menyelesaikan isu ini kerana memegang amanah diberikan oleh ibu bapa murid yang kebanyakannya golongan B40," katanya yang sudah menamatkan khidmatnya sebagai YDP pada bulan ini.
Beliau mengambil tindakan tegas kerana mahu pihak pentadbir memulangkan semula wang RM6,000 yang sepatutnya digunakan bagi pembangunan dan pendidikan murid serta berharap kejadian sama tidak berulang.
Sementara itu, Wan Azmir berkata, anak guamnya memberi tempoh dua minggu kepada pihak sekolah, JPN dan KPM untuk memberi maklum balas berhubung perkara itu.
Beliau memahami kekangan masa dan tugas pegawai kerajaan, namun berharap kes itu dapat diteliti segera oleh pihak berkaitan kerana laporan dibuat sejak Disember tahun lalu.
"Kita mahu JPN atau kementerian beri maklum balas kepada laporan dibuat sebelum tindakan lanjut diambil mengikut undang-undang jenayah dan sivil," katanya yang berharap kes terbabit dapat diselesaikan secara baik.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ponder2 ni yang bersuara, baik kita dengar dari pihak lagi 1 dek.
|
|
|
|
|
|
|
|
bersepah sgt usahawan kosmetik, nk viral ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Wah yg jd YDP sekolah dorang cumalah seoranh ponder product ya.
Sek men anak iols yg jd YDP ada pangkat Dr. di depan namanya. Keje pun kat kementerian pendidikan.
Naib YDP plak seorang professor.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 29-5-2023 04:23 PM
Wah yg jd YDP sekolah dorang cumalah seoranh ponder product ya.
Sek men anak iols yg jd YDP ada pang ...
Mana lebih kaya? |
|
|
|
|
|
|
|
team building sek tu mmg wajib ke or ikut sek? kalau ikut sek patutnya kutip je la duit dari cikgu jugak or buat je la dlm area sek or xyah dok buat la sng
kene tggu pentadbir sek plak komen |
|
|
|
|
|
|
|
umur 29 dh jd ydp pibg sekolah
kelas kau sisturrr
ponder monder
|
|
|
|
|
|
|
|
sekolah luar bandar agaknya..
so terpaling kaya sumbang duit dapat la jadi ydp..
|
|
|
|
|
|
|
|
Team building sampai 16k..wow...fakulti i punya team building punyalah ciput...rm840 aje...huhu..itu pun kuar duit ajk tong2 bg jln |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payahlah nak berteam building ni... aku ni dah naik menyampah pergi team building, sama je kaedahnya tiap2 kali.. pastu jerit2, sorak bla2.. kita ni tido berdengkur pastu nak kena share bilik bagai.. leceh betul.. kalau tak pergi macam2 hal pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
masalah kat sini bukan siapa YDP dia, masalah ialah kenapa pihak sekolah guna duit PIBG untuk team building cikgu2nya? itu dah salahguna duit tu. mungkin ni sekolah luar bandar sebab ada dalam artikel tu sebut this lady pegang amanah untuk ibubapa lain yg banyaknya golongan B40.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kira banyak la sekolah luar bandar ada duit pibg puluh ribu |
|
|
|
|
|
|
|
X kisah la dia ponder x de class pun tp ape dia report tu betul. Kalau cikgu pun xde integriti, golongan student ape kita nk produce? |
|
|
|
|
|
|
|
YDP dilantik atas usaha kerja, masa diluangkan ketika mesyuarat, sentiasa hadir dan paling penting penyumbang terbesar kepada sekolah
Ada YDP derma Coway, kerusi batu, kipas dan karpet surau
Tapi tak kiralah siapa pun YDP kosmetik ni
Dia bagi 16k kotttt
Surau sekolah anak macik
Minta derma
Tapi wajib bayar seorang 100
Uols ghaserrrrrrr
Kos bina surau kemain ratus ribu
Bukan kedekut tapi hairan
Tapi sebab macik tak pergi mesorat PIBG ritu
Jadi rasa bersalah pulak nak buruk sangka hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
toxicated replied at 29-5-2023 06:53 PM
X kisah la dia ponder x de class pun tp ape dia report tu betul. Kalau cikgu pun xde integriti, golo ...
Setuju
Dan dia berani bawa lawyer lagi
16k tu besor nilainya |
|
|
|
|
|
|
|
ydp pibg ni mmg dilantik dari kalangan yg paling banyak sumbangan, paling berpengaruh & willing nak aktif dlm pibg sek tu di dlm kalangan mak bapak yg anak dia sek kat situ. my sil pon jadi ydp pibg sek anak dia walaupon dia takda dr, tak prof, tapi dia anak company construction huhuhu, yg higher social circle dari dia takda masa nak uruskan pibg & tak berminat, dia suka mingle2 dengan mak bapak budak2 lain dpt support maka dia la terpilih |
|
|
|
|
|
|
|
rikiruj replied at 29-5-2023 05:09 PM
Tak payahlah nak berteam building ni... aku ni dah naik menyampah pergi team building, sama je kaeda ...
Aku pun meluat team building semua bagai ni. Dh tua2 kena tidur dorm ramai2, nk mandi kena tunggu giliran. Jerit sana jerit sini, balik rmh dpt letih. The next day pergi kerja balik ke budaya kerja yg lama jgk...xde hasil pun. Yg suka sgt plan team building semua ni aku rasa xde life yg menarik. So ni la cara dia nk bergumbira hura hoorayy kt luar |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 29-5-2023 11:42 PM
Kata founder... bising2 tu ko sedekah je lahhhh kat PIBG skolah..
Apa ke bangsat nak berkira sedekah ke pihak skolah demi kepentingan pelajaran anak2 ko??
Founder KEDEKUT sangkak product PPRT ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|