CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2399|Reply: 47

Pasangan Pembawa Talasemia Terpaksa Berpisah Walau Dah Bertunang, Tak Sanggup Tengok Bakal Anak Menderita Sakit Seumur Hidup

[Copy link]
Post time 31-5-2023 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Pasangan kekasih yang sudah bertunang terpaksa berpisah demi kebaikan bersama.


Dr Farra dan pasangannya yang masing-masing merupakan pengamal perubatan adalah pembawa penyakit Talasemia


Menurut Dr Farra, sebelum ini tunangnya pernah memberitahu bahawa dia merupakan seorang pembawa Talasemia.




Gambar Hiasan




Walaupun begitu, Dr Farra menyangka ia tidak menjadi masalah kerana menganggap dirinya normal, bebas daripada penyakit tersebut.


Namun, segalanya bertukar menjadi kisah hitam apabila dia juga disahkan mempunyai sakit sama.


"Dia adalah pembawa. Dia beritahu saya dari awal lagi. Tapi saya sangka saya normal. Tak pernah buat pemeriksaan pun.


"Saya buat pemeriksaan lepas kami bertunang, sebagai langkah berjaga-jaga... tapi itu yang saya sangka.


"Rupa-rupanya saya pun pembawa. Jadi, risiko untuk mendapat Talasemia Major tu ada. Kami tak mampu nak tanggung sesuatu yang tak pasti," katanya seperti dipetik di twitter.


Pasangan ini bagaimanapun tidak terburu-buru sebaliknya menghabiskan masa beberapa bulan untuk berbincang kerana ia bukanlah satu perkhabaran yang mudah untuk diterima, apatah lagi untuk membuat keputusan membatalkan perkahwinan.


Wanita ini turut menceritakan pengalaman ketika bersama-sama bertugas di bahagian Pediatrik, yang mana mereka melihat ramai kanak-kanak Talasemia bergantung kepada transfusi (ganti komponen darah).


"Kami ingat kanak-kanak yang kami jaga sebelum ni. Kami kena masukkan darah mereka setiap malam, dan mereka perlu bergantung kepada pemindahan darah.


"Walau sesedih mana yang kami rasakan, mereka (kanak-kanak) juga memberontak. Mereka luahkan perkara seperti kenapa saya yang sakit macam ni padahal ia bukan salah saya.


"Saya setuju ketika dia (bekas tunang) kata, kita tidak boleh pentingkan diri. Kita jatuh cinta dan dapat bertemu merupakan satu rahmat. Tapi, tolong kasihankan anak-anak nanti."


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih terhadap pasangan itu yang terpaksa berpisah dan sempat mendoakan kebahagiaan mereka.


"Benda paling sedih saya tengok dekat Twitter hari ni. Sangat kasihan dengan kalian berdua. Semoga masa 'menyembuhkan' awak.


"Sedih bila baca ni. Abang dan saya juga pembawa. Isteri dia pun sama. Mereka bincangkan perkara ini dan teruskan perkahwinan. Syukur mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Semua bebas Talasemia. Awak dan pasangan tahu apa yang terbaik untuk anda. Semoga kebahagiaan diberikan buat anda berdua," komen netizen di Twitter.


Dalam pada itu, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Canselor Tunku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Mohd Faizal Ahmad turut mencadangkan supaya mereka mencuba kaedah rawatan persenyawaan in vitro (IVF) jika meneruskan hubungan.


"Sebenarnya pembawa Talasemia yang berkahwin banyak di Malaysia. Kebanyakan pasangan dapat anak-anak normal melalui kaedah PGT-M (Ujian Genetik Praimplantasi) IVF.


"Di Malaysia, kita sudah lama ada PGT-M IVF untuk dapat anak normal bagi pembawa Talasemia. Jadi kalau isu untuk dapatkan cahaya mata, saya rasa jangan risau, kami boleh bantu.


"Saya doakan masih ada jodoh dan boleh baca fasal PGT-M IVF untuk pasangan pembawa Talasemia. Semoga Farra dan pasangan dimudahkan jodoh," katanya memberi cadangan.


Menurut portal Myhealth, Talasemia adalah penyakit genetik di mana pesakit Talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi.


Sebagaimana dikongsikan dalam infografik di Twitter, beberapa kesan Talasemia Major dapat dilihat terhadap anak pasangan yang mana kedua-duanya pembawa genetik penyakit itu


Antara kesannya termasuklah perlu melakukan pemindahan darah sepanjang hayat, mudah penat, kurang darah, limpa membengkak, kerosakan hati, masalah jantung, tumbesaran terbantut dan perubahan struktur tengkorak dan wajah.


Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.


Oleh itu, adalah penting untuk menjalani saringan Talasemia untuk mengetahui status, mencegah perkahwinan dengan pembawa serta mengelakkan daripada mendapat zuriat tidak sihat. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 08:32 AM | Show all posts
lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh pulakkk ko kan doktor xkn xleh pikir solution. hasanah sgt
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 08:37 AM | Show all posts
bagus, kelak kalau ada anak, akan menyusahkan diri sendiri dan masyarakat, pilih jalan terbaik, kita merancang, Allah menentukan
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 08:45 AM | Show all posts
xyah mereka cerita boleh x
dh lh kje dr, pedic plk tu
x agak2

just cerita psl ni sudah

"Sebenarnya pembawa Talasemia yang berkahwin banyak di Malaysia. Kebanyakan pasangan dapat anak-anak normal melalui kaedah PGT-M (Ujian Genetik Praimplantasi) IVF."
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Berkahwin tak semestinya beranak . .itu kisah mereka lah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:18 AM | Show all posts
kalau masing2 x pentingkan diri bagus la berpisah demi kebaikan dan kesihatan zuriat,tindakan yg pahit tapi benar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2023 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 1-6-2023 09:01 AM
Berkahwin tak semestinya beranak . .itu kisah mereka lah.

Tp kalau tk beranak nt sampai mati jd umpatan org.
Sedangkn yg memilih utk single pun dikutuk dgn kejam.
Teringat kt bod gosip dulu..ada a group of stupid poromers kecam remy sahak sb reply kt soalan wartawan yg dia sibuk jd tk nk beranak lg.
Ni dh bini mengandung baru diam tk berkutik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:36 AM | Show all posts
I yang bukan doctor pun tau sekarang ada method nak dapat anak normal. Tak kan theyols tak tau?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 1-6-2023 09:36 AM
I yang bukan doctor pun tau sekarang ada method nak dapat anak normal. Tak kan theyols tak tau?

Concern dia hidup lps2 tu..
Klu gna kaedah apa pn tp Allah x izin kn jugak yg tu dorg xleh nk terima.. bagus lh elak sbb hanya diri sndri je tau kemampuan.. xkn dh jd bru nk redha gtuuu..
ni klu boleh nk kebarangkalian tu 0 trus..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
ruginya berpisah..kalu betul dedua saling sgt mencintai la..ntah2 ex tunang dia tu sebenarnya dah x berminat kat dia..x semestinya confirm dpt anak talasemia pun..sedara hubby iols ok jah walupun ada sakit talasemia tu..masa kecik ada la jugak masuk hospital..tapi membesar elok je tinggi 6 kaki, dok panjat gunung..keje pun elok..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 1-6-2023 08:45 AM
xyah mereka cerita boleh x
dh lh kje dr, pedic plk tu
x agak2

Ok boleh dah klasifikasi sbg Happy Ending

They live happily ever after
The End
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:55 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 1-6-2023 08:45 AM
xyah mereka cerita boleh x
dh lh kje dr, pedic plk tu
x agak2

Kan.. Buat apa mereka-reka segala cerita

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:10 AM | Show all posts
Pengorbanan yang murni demi kelangsungan hidup generasai akan datang
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:29 AM | Show all posts
wise decision..klu tak lahirkan anak tolol mcm stinger..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:38 AM | Show all posts
elok lah berpisah dari menyesal kemudian hari....mencegah itu lebih baik dari mengubati...cinta nie kalu menderita sooner or later akan hilang jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:48 AM | Show all posts
takpe la dik..tu namanya dia bukan jodoh kau... akak ada sedara pembawa talasemia..kawin dgn org normal..tapi anak kena talasemia.. kesian tgk.. kena ulang alik hospital...
korang takyah la nak kecam dia ke, hasanah ke apa...biar la dia..hidup dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 12:32 PM | Show all posts
Bagus n betul tu.
Doktor kat tv ada pesan mcm ni  elok masa mula dating terus tanya pasai talasemia
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman skrg bila agak2 nak serious, minta buat blood test, check apa yg patut.  Jadi kalau nak putus pun ok lg.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 01:35 PM | Show all posts
saya sokong!  lebih baik berpisah daripada dpt anak yang terpaksa pikul beban penyakit makbapak....org luar cuma boleh cakap kesian, tapi, pengidap penyakit talasemia ni yang kena pikul beban sampai mati!
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 01:37 PM | Show all posts
member ofis ada laki bini pengidap talasemia ni. dpt anak 3 org xdela sampai kne masuk darah tp senang sgt sakit anak2nya. sampai kami gelar dia ratu kuarantin asyik dpt cuti kuarantin je huhu tp laki dia ade hati lg nk tambah sorg lg anak erm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.589427 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list