Sebagai Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dipersoal Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengenai langkah signifikan diambilnya untuk memulihkan ekonomi negara terutamanya dari segi menangani kesan kejatuhan nilai ringgit.
Menurut beliau, Ahli Parlimen Pandan itu sekurang-kurangnya perlu memperkenalkan polisi baharu ‘ekonomi rakyat’.
Mohd Puad turut bertanya sama ada Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR mempunyai dasar yang lebih baik daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan Datuk Seri Najib Razak semasa menjadi Perdana Menteri dahulu.
“Apakah Rafizi tiada persiapan untuk jadi menteri? Itu masalahnya bila banyak sangat formula sebelum jadi menteri.
“Bila jadi menteri tidak boleh biasa biasa. Mesti luar biasa,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Rafizi menjadi sasaran kritikan rakyat ekoran situasi ekonomi yang semakin tidak menentu sehingga menyaksikan nilai ringgit jatuh ke paras terendah berbanding mata wang asing lain.
Mohd Puad secara sinis mengingatkan Rafizi agar jangan menunggu sehingga rakyat berkata ‘Rafizi turun, ringgit naik’.
“Agaknya itu punca timbul cerita akan berlaku rombakan Kabinet. Menteri kena luar biasa untuk pertahankan Kerajaan Perpaduan,” jelasnya.
Post time 31-5-2023 03:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tq tegur beliau.. harapnya beliau terbuka hati letak jawatan, dan pulangkan semula gaji dan elaun yang beliau dapat spanjang jadi menteri yang tak memberi sebarang kebaikan
Post time 31-5-2023 03:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aigoooo malunya jadi piji ni... Dari dulu dok gebang formula formula... Hujung hujung jadi menteri ekonomi apo pun takdo. Sama la peel dgn boss dia pmx tu...
Kuyup kena kencing
s@s@: kalau buang piji, nanti org ckp menteri kewangan pulak paling x perform
sepatutnya si rafizi tu menteri kewangan. tapi rasanya anwar tahu dia tu cakap je lebih
maka di wujudkan Menteri Ekonomi. walaupun tak perform tapi gaji , elaun , kemudahan dia dapat
selaku menteri.
Post time 31-5-2023 05:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
antikorok replied at 31-5-2023 05:17 PM
Sebelom PRU 14
Dia menghidap alzheimer / dementia tahap kronik sampai xde Dr yg mampu mengubati, jgn esok dia cakap proton tu idea nuart panggil geely dtg msia tahun 95 udah le.....