View: 6605|Reply: 144
|
Terkandas Di Zon Maut- Sherpa Nepal Selamatkan Pendaki Malaysia Nyaris Mati Di Gunung Everest
[Copy link]
|
|
Seorang pendaki Malaysia terselamat selepas malim gunung atau sherpa dari Nepal berjaya membantu membawa keluar mangsa yang terkandas di 'zon maut' di Gunung Everest pada 18 Mei lalu.
Difahamkan ketika itu Gelje Sherpa, 30, sedang membawa seorang pendaki China ke puncak Everest setinggi 8,849meter (m) sebelum dia melihat seorang pendaki Malaysia sedang berpaut pada tali, hampir mati.
Dia dilihat menggigil kerana cuaca sejuk melampau di lokasi dikenali sebagai 'zon maut' di mana suhu boleh jatuh ke bawah takat beku iaitu -30 darjah celcius atau lebih rendah.
Foto: The Star
Gelje menarik pendaki Malaysia itu sejauh 600m menuruni kawasan Balcony ke South Col untuk tempoh kira-kira enam jam sebelum seorang lagi sherpa, Nima Tahi turut sama menghulurkan bantuan.
“Kami membalut pendaki itu dengan sleeping mat (tikar tidur), menyeretnya di atas salji atau ada kalanya menggalas mangsa secara bergilir ke Kem III,” katanya.
Sebuah helikopter kemudiannya tiba bagi membawa mangsa dari Kem III setinggi 7,162 meter untuk diangkut turun ke 'base camp'.
“Ia adalah hampir mustahil untuk menyelamatkan pendaki pada ketinggian seperti itu.
“Ia satu operasi yang jarang dilakukan," kata Bigyan Koirala, seorang pegawai Jabatan Pelancongan.
Gelje berkata, dia turut meyakinkan pendaki China yang dibawanya untuk tidak meneruskan perjalanan ke puncak kerana baginya misi menyelamatkan mangsa adalah lebih penting.
“Menyelamatkan nyawa adalah lebih penting daripada segala-galanya,” kata Gelje.
Tashi Lakhpa Sherpa dari syarikat Seven Summit Treks yang memberi khidmat logistik kepada pendaki Malaysia itu bagaimanapun enggan menamakan mangsa atas dasar privasi.
Pendaki itu sudah dibawa pulang ke Malaysia minggu lalu.
Nepal dilaporkan mengeluarkan 478 permit untuk mendaki Everest ketika musim pendakian pada Mac hingga Mei.
Sekurang-kurangnya 12 pendaki dilaporkan meninggal dunia iaitu jumlah tertinggi yang direkodkan selama lapan tahun, manakala lima lagi masih hilang di gunung itu. -CARI
Sumber: mStar/ The Star |
|
|
|
|
|
|
|
yg gigih mendaki ni nak apa sebeno ehh?
naik atas tu buleh healing2 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama aku tertnya tanya sbb apa eh
kepuasan dan pencapaian diri sndri kot?
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh x kategorikan panjat gunung everest ni mcm aktiviti mat rempit buat aksi superman moto kapcai? Banyak mudharat banding kebaikan.....lain la klau sampai puncak tu nilai RM akan setaraf SGD |
|
|
|
|
|
|
|
jangan menyusahkan orang dengan hobi ko tu |
|
|
|
|
|
|
|
ini yg mana ni? hawari tu ke or orang lain..nama tak bagi atas dasar privasi pulekk |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 1-6-2023 01:58 PM
yg gigih mendaki ni nak apa sebeno ehh?
naik atas tu buleh healing2 ke?
healing kejadahnya sejuk ketor
iols pertikaikan ni kat group sek rupanya ramai kaki panjat gunung and ada few of them yg pernah naik everest ni.
kiri kanan iols dikecam...pilu acik ni haaa dah la hati tisu
|
|
|
|
|
|
|
|
itu lah psl...why??? hebat sgt ke kalu daki smp puncak everest???
|
|
|
|
|
|
|
|
"Sekurang-kurangnya 12 pendaki dilaporkan meninggal dunia iaitu jumlah tertinggi yang direkodkan selama lapan tahun, manakala lima lagi masih hilang di gunung itu"
termasuk hawari la ni
btw nama dia klu utk local mmg funny lah
"Gelje menarik pendaki Malaysia itu sejauh 600m menuruni kawasan Balcony ke South Col untuk tempoh kira-kira enam jam sebelum seorang lagi sherpa, Nima Tahi turut sama menghulurkan bantuan."
|
|
|
|
|
|
|
|
cikdot replied at 1-6-2023 02:07 PM
ini yg mana ni? hawari tu ke or orang lain..nama tak bagi atas dasar privasi pulekk
Baru nak Tanya....sis cikidot dah tanyakan |
|
|
|
|
|
|
|
mcmana korang suka pergi shopping, pergi spa, pergi melancong, macam tu lah drg suka panjat gunung ni..biorkan je la..minat drg.. |
|
|
|
|
|
|
|
baiknye malim gunung tu, sanggup lagi selamatkan mangsa daripada teruskan mendaki dgn client dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
dapat bragging right
itu jelar
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak menyusahkan org, tak guna duit taxpayer takpe la
ni dh hilang nak kena cari pulak
yg meninggal tu terpaksa wisma putra uruskan bawak balik
|
|
|
|
|
|
|
|
Pendaki malaysia yg diselamatkan tu pergi sorang2 ke mana kengkawan dia tak pun guide dia? |
|
|
|
|
|
|
|
ko ikat macam tu nampak menakutkan |
|
|
|
|
|
|
|
siapa? kalau orang Islam haram hukumnya menyusahkan diri dan masyarakat, kalau warga China tu tak redha, haram lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|