CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 910|Reply: 0

Seri Paduka sanjung jasa, bakti TUDM

[Copy link]
Post time 1-6-2023 03:16 PM | Show all posts |Read mode
Seri Paduka sanjung jasa, bakti TUDM


Jun 1, 2023 @ 3:11pm





KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-65 kepada seluruh warga dan veteran TUDM serta semua yang pernah berkhidmat bersama TUDM.

Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan dan sanjungan terhadap jasa, khidmat dan bakti TUDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan ruang angkasa negara.

"Semoga TUDM terus mengorak langkah sebagai satu ketumbukan udara yang moden dalam mempertahankan kedaulatan ruang angkasa negara serta menjadi sebuah angkatan udara disegani dan dihormati di persada antarabangsa," titah Seri Paduka dalam satu hantaran melalui Facebook Istana Negara.

Pasukan udara dalam Angkatan Tentera Malaysia ditubuhkan pada 2 Jun 1958 dan dikenali sebagai Tentera Udara Diraja Persekutuan (TUDP) ketika itu.

Tahun ini, ulang tahunnya disambut dengan tema 'Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara'. – BERNAMA








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.058760 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list