View: 1577|Reply: 22
|
Anak 13 Tahun Guna Kad Debit Ibu Sampai RM290 Ribu Untuk Beli Permainan Video, Duit Dalam Akaun Hanya Tinggal Baki RM0.32
[Copy link]
|
|
Seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun di China yang 'ketagih' permainan video menggunakan kad debit ibunya dan berbelanja besar sebanyak 449,500 yuan (RM290,000) untuk aplikasi di telefon pintarnya.
Dia mula 'mengikis' wang ibunya selama empat bulan sebelum perbuatannya dapat dihidu.
Foto: The Star
Si ibu, Wang dapat mengesan kecurian yang didalangi anaknya itu apabila dia menerima aduan daripada seorang guru sekolah menengah yang memaklumkan anaknya itu terlalu banyak meluangkan masa dengan gajet.
Setelah disiasat, jantungnya hampir gugur apabila mendapati wang dalam banknya hanya tinggal 0.5 yuan (RM0.32) setelah anaknya boros berbelanja tanpa pengetahuannya.
Dalam satu video tular yang dimuat naik dalam laporan berita, Wang, diperhatikan menangis teresak-esak kerana meihat transaksi pengeluaran wang yang dibuat anaknya berkali-kali.
"Saya rasa nak hentak kepala ke tanah apabila sedar apa yang terjadi. Macam mana budak berumur 13 tahun boleh berupaya buat macam tu," kata Wang yang berasal dari Henan, China.
Ketika disoal oleh bapanya, kanak-kanak itu mengaku dia berbelanja sebanyak 120,000 yuan (RM77,600) untuk permainan video dan 210,000 yuan (RM135,800) untuk pembelian dalam permainan.
Manakala 100,000 yuan (RM64,600) disalurkan untuk membelikan permainan video buat 10 rakan sekelasnya.
Kanak-kanak itu berkata pada mulanya dia enggan megeluarkan duit untuk teman sekelasnya tetapi akur setelah diasak oleh mereka.
"Saya tak berani beritahu guru sebab risau dia akan maklumkan kepada ibu bapa saya tentang apa yang berlaku dan mereka pastinya akan memarahi saya," kata kanak-kanak tersebut.
Dia menambah yang dia juga tidak tahu akan jumlah wang yang disimpan dalam kad debit tersebut selain tidak menyedari bahawa simpanan itu merupakan hasil titik peluh ibu bapanya.
Menurut kanak-kanak itu lagi, dia mempunyai kata laluan untuk kad debit itu setelah diberikan ibunya sendiri.
Jika dia memerlukan duit ketika ketiadaan ibu bapanya di rumah, dia boleh menggunakan kad debit tersebut.
Wang mengatakan anaknya licik untuk memadam setiap rekod transaksi dalam telefon bimbitnya supaya dia tidak mengetahui apa yang sedang berlaku.
Segalanya sudah terlambat apabila dia dihubungi guru sekolah menengah anaknya. - CARI
Sumber: mStar/The Star |
|
|
|
|
|
|
|
Kau jual je anak kau to recoup the amount. Tapi takanlah kau tak perasan duit keluar takan tak de notification. China kan lagi advanced. |
|
|
|
|
|
|
|
lahaiii maknye pun... takkan tak dapat noti oiii
|
|
|
|
|
|
|
|
anak cmni kahwinkan je dengan friska, nanti cepat matang |
|
|
|
|
|
|
|
Kanak-kanak itu berkata pada mulanya dia enggan megeluarkan duit untuk teman sekelasnya tetapi akur setelah diasak oleh mereka.
kena buli ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
4 bulan ko tak perasan nyahhhhh.. bodoh apa biar duit berkepuk dalam savings account |
|
|
|
|
|
|
|
Aku teringat jackson got7. Habit bila bgn tidor pagi ialah cek duit dlm akaun dulu |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 6-6-2023 07:00 PM
anak cmni kahwinkan je dengan friska, nanti cepat matang
Anak dia pompuan |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian parents. Berapa lama agaknya kerja nak simpan jumlah tu. Macam nak punish budak tu eh yihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Budak ni selayaknya dibelasah.. di kerah bekerja keras kumpul balik duit yang dibelanja kerja sampai dia tak ada masa untuk diri sendiri, mungkin dengan terlalu sibuk bekerja ketagihan pada gadjet akan hilang.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak terkejut rasanya kalau lepas ni budak tu jadi mangsa desa parents dia. |
|
|
|
|
|
|
|
duit xberkat la tu ko g tampar la anak ko |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok2 budak ni dok dalammrumah.kebajikan.
Maknya pung bg kad debit yang simpanan buat apa..
Buat akaun lain..letak duit seadanya je...
Kan dah nyesal.tak.sudah |
|
|
|
|
|
|
|
memang maknya bagi belanja
dia belanja la sukati |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 6-6-2023 09:36 PM
4 bulan ko tak perasan nyahhhhh.. bodoh apa biar duit berkepuk dalam savings account
Dah nama pun saving |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat perangai sendiri masa jaman skolah aku suka tarik note2 usd bapak aku kt dlm kocek jacket rahsia dia.. selai2 aku tarik bila nak meronggeng pi cyber cafe.. skali kantoi sebab bapak aku nak topup note2 lebih dia blk outstation, tgk pehal menipis koleksi heoll.. apa lg, mmg habis tak cukup tanah aku kena kejar woi |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 7-6-2023 06:12 PM
Dah nama pun saving
Savings account.. current account... biasa kerap transaction keluar masuk.. low interest rate.. <1%
Kalo nak biar sepuk 4 bulan.. buh di FD, unit trust etc.. ni 3-6% |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 7-6-2023 09:07 PM
Savings account.. current account... biasa kerap transaction keluar masuk.. low interest rate..
Okey noted....tapi aku planning nak bela lembu..modal 21k |
|
|
|
|
|
|
| |
|