View: 2094|Reply: 34
|
Pekerja Shoppee Express Digantung Kerja Sebab Video Tular Hina Pelanggan Beli Pisang! Dakwa Dianiaya, "Saya Yang Tolong Tampal Parcel Koyak Tu" ...
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki terpaksa menanggung akibat apabila dia digantung kerja oleh pihak pengurusan Shopee Express berikutan sebuah video tular.
Ahmad Firdaus Al-Farabie adalah pekerja di syarikat penghantaran tersebut yang mana videonya memegang bungkusan terkoyak berisi pisang milik pelanggan, tersebar pada minggu lalu.
Susulan penularan video tersebut, Firdaus tampil untuk memberi penjelasan mengenai situasi sebenar yang berlaku memandangkan dia menerima kecaman hebat daripada orang ramai.
"Ya, dalam video itu memang saya. Ceritanya, masa itu kami tengah asing-asingkan (sorting) bungkusan. Saya perasan parcel tu terkoyak dan ia memang dah terkoyak dari atas lori lagi.
"Saya memang tak buka parcel customer selama bekerja di situ. Tapi parcel itu terkoyak dan isinya iaitu pisang terkeluar. Saya tunjuk dekat kawan sekerja, sekadar nak cakap 'customer tu beli pisang'.
"Jadi masa itu saya check parcel dulu dan nak pergi tampal bahagian terkoyak. Tapi masa saya pegang pisang yang terkeluar tu, kawan ambil video dan saya tak perasan.
"Dia upload pula di TikTok miliknya tanpa pengetahuan saya," kongsi pemuda berusia 24 tahun ini yang merupakan pemandu Shopee Xpress di Hub Machang, Kelantan, kepada mStar.
Menurut Firdaus, selepas mengetahui video berkenaan viral, dia meminta rakannya untuk memadam rakaman berkenaan kerana bimbang ia akan mengundang kesan yang lebih buruk.
Seperti yang dijangka, sehari selepas video berkenaan tular di pelbagai platform media sosial sehingga pihak Shopee mengeluarkan kenyataan balas, Firdaus dan rakannya menerima panggilan daripada pihak atasan.
"Saya diberi dua pilihan, pertama saya diberhentikan, dan kedua, saya berhenti sendiri. Tindakan tersebut diambil dua hari selepas kejadian.
"Kalau saya sign surat resign, ia menampakkan saya bersalah sedangkan saya tak bersalah. Jadi saya explain dekat bos saya, dan bos beritahu akan explain dekat management pula.
"Saya juga menulis surat rayuan kepada pihak atasan pada 5 Jun lalu. Selama setahun setengah bekerja di situ, saya tak pernah ada masalah disiplin, surat warning pun tak pernah dapat," ujar anak ketujuh daripada lapan adik beradik ini.
Firdaus yang kini tidak bekerja berkata, dia sedang menunggu jawapan pihak atasan berhubung rayuan yang dikemukakan.
Ketika teruk dikecam, dia sempat bertanya kepada bosnya tentang status 'parcel kontroversi' itu dan berasa lega apabila dimaklumkan ia telah selamat diserahkan kepada penerimanya selepas bungkusan itu ditampal olehnya.
"Lepas kes tersebut viral dan pihak atasan juga ada keluarkan kenyataan, saya tanya bos parcel tu sampai tak dekat customer dan Alhamdulillah ia sampai dalam keadaan yang elok. Setidak-tidaknya saya lega bila tahu," ujarnya yang mengakui memahami tentang etika kerja.
Bagaimanapun ujar pemuda ini, rakannya yang membuat rakaman video dan memuat naik di TikTok diberhentikan kerja.
Tidak cukup sekadar membuat rayuan, Firdaus dan rakannya juga tampil membuat permohonan maaf dan penjelasan mengenai insiden yang berlaku di laman TikTok agar orang ramai tidak terus menerus membuat kecaman.
"Selepas apa yang berlaku, saya akui agak tertekan. Tidur dan makan pun tak berapa nak ambil peduli. Saya tak boleh terima apa yang menimpa saya... satu Malaysia tahu.
"Kawan saya juga rasa bersalah dengan apa yang terjadi," ujarnya lagi.
Firdaus menambah, dia menaruh harapan agar pihak atasan dapat mempertimbangkan rayuannya dan diterima bekerja semula.
Mengakui apa yang berlaku memberi pengajaran yang amat besar, Firdaus dalam pada itu meminta masyarakat agar tidak terus melemparkan tohmahan terhadap dirinya.
"Janganlah jatuhkan 'hukuman' kalau tak tahu cerita sebenar. Saya berani sebab tak bersalah... silalah periksa kamera litar tertutup (CCTV) jika perlu untuk membuktikannya," akhirnya. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
lancauuuuuuuuuuuuuuu
kau kemain girang lagi masa tu |
|
|
|
|
|
|
|
oii Ahmad Firdaus Al-Farabie
jgn nak membongak la packaging parcel tu senipis akal kau dek oiii
elok la lepas ni harap payah la ko dpt keje mmg jenis xserious bekerja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadah teraniaya duk gelak2 cmtu. |
|
|
|
|
|
|
|
Takpelah
G cari keje lain
Jadikan pengajaran dan pengalaman
Time keje jangan seronok sangat okeh |
|
|
|
|
|
|
|
tak perasan mende kau kemain ngadap camera masa tu kan... |
|
|
|
|
|
|
|
org skrg dok mengejar content, smpai lupa adab n profesionalism. makin bodo dek kejar glemer |
|
|
|
|
|
|
|
setuju dgn macik. benda dah jd kan. lps ni kena pandai la jaga kelakuan tu. ambiklah kata-kata encik Deepak Chopra untuk motivasi diri - "All great changes are preceded by chaos"
|
|
|
|
|
|
|
|
jenis semua nak kena upload kat socmed..padan muka |
|
|
|
|
|
|
|
Nasi sudah jadi bubur lambuk |
|
|
|
|
|
|
|
masa kerja jangan sibuk buat rakaman..pastu viralkan dlam tik tok kan dah susah..
pihak pengurusan pun patut buat peraturan tak boleh ambil gambar or video masa kerja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pegi mintak keja kt Lazada pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 7-6-2023 02:06 PM
Pegi mintak keja kt Lazada pulak.
Nama dah kena blacklist, takkan ada majikan nak bagi dia kerja lagi |
|
|
|
|
|
|
|
lainkali fikir pnjg sikit nak upload apa2.
elok2 ada gaji, nsb tak elok terus diberhentikan.
pisang pun tak mampu nak mkn nati |
|
|
|
|
|
|
|
kesian plak. paham perasaan budak ni. dok main2 gurau masa kerja. semua org mcm tu dok bahan2 ngan kawan2. tp dlm kes dia ni aku salahkan kawan dia. pi upload buat ape.. kau ingat kelakar. masing2 tgh darah muda n tak pikir dulu. ni kalau keje gomen mmg takde dah rayuan ke ape |
|
|
|
|
|
|
|
Batak semua nak upload. Begitulah |
|
|
|
|
|
|
| |
|