CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Nelayan asing ceroboh perairan Port Dickson, kenapa masih tiada tindakan?

[Copy link]
Post time 9-6-2023 03:08 PM | Show all posts |Read mode

FAIZ Fadzil (tengah) menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan nelayan ketika Majlis Rahmah Mesra nelayan. FOTO Mohd Khidir Zakaria



Port Dickson: Masalah pencerobohan secara berleluasa nelayan negeri jiran ke perairan daerah ini membimbangkan ramai nelayan tempatan.

Nelayan di Teluk Kemang, Ayub Baharum, 70, berkata, lebih 70 nelayan berlesen di Teluk Kemang kecewa dengan pencerobohan nelayan dari negeri jiran, termasuk warga asing, yang mencari hasil laut di kawasan berkenaan.

"Setiap nelayan yang berdaftar pastinya mempunyai kawasan mengikut sektor yang ditetapkan dan bukan sesuka hati untuk ke mana-mana lokasi sehingga mengganggu nelayan tempatan.

"Sudah acap kali kami mengadu melalui persatuan tetapi setakat ini tiada tindakan sepatutnya diambil," katanya.



Dia ditemui pada Majlis Rahmah Mesra Nelayan Bersama Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil di Dewan Serbaguna PNK Teluk Kemang di sini, hari ini.

Menurutnya, sebahagian besarnya membabitkan nelayan tidak berlesen dan dia berharap, pihak berkaitan termasuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Ayub berkata, apabila ditegur, ada dalam kalangan nelayan asing terbabit mengatakan jaring mereka hanyut dari perairan Melaka sehingga ke kawasan perairan berkenaan.

"Mana mungkin jaring mereka hanyut hingga ke sini kerana biasanya nelayan tahu keadaan cuaca dan arah angin, ini menunjukkan mereka menipu.

"Keadaan ini menyebabkan nelayan tempatan tidak selesa," katanya.

Sementara itu, Muhammad Faiz berkata, pihaknya memandang serius masalah pencerobohan nelayan luar sektor ke perairan Port Dickson.

"Saya akan bawa perkara ini untuk dibincangkan oleh semua persatuan negeri tidak lama lagi bagi mencari jalan keluar kerana ia mengganggu nelayan tempatan mencari rezeki," katanya.

Pada majlis itu, 42 nelayan menerima bantuan keseluruhan berjumlah RM26,000 berbentuk jaring dan kotak ikan berinsulasi.

Sembilan nelayan lagi menerima bantuan Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) berjumlah RM14,827.

Disiarkan pada: Jun 9, 2023 @ 3:01pm

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.174388 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list