View: 299|Reply: 0
|
[Kelantan]
Nisan batu sungai jadi sumber rezeki
[Copy link]
|
|
Gua Musang: Idea menjual batu nisan dari batu sungai bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini menjadi sumber rezeki seorang pemuda di Felda Chiku 2.
Tidak hanya membekalkan batu sungai tempatan, Mohd Azhar Mat Arifin, 32, turut menyediakan batu sungai yang diimport dari Pakistan.
Menurut Mohd Azhar, permintaan batu nisan yang diusahakannya turut mendapat tempahan dari Kuala Krai dan Machang.
Katanya, berbekalkan pengalaman membantu ayahnya dalam pertukangan, dia memberanikan diri menjual batu nisan dari batu sungai yang siap dibuat ukiran nama.
"Ketika PKP, saya mula terfikir untuk menjual batu nisan sungai apabila melihat di daerah ini masih tiada yang mengusahakannya.
"Alhamdulillah selepas lebih tiga tahun mengusahakan perniagaan ini sudah ramai yang mengenali dan menggunakan perkhidmatan saya.
"Saya mengeluarkan lebih RM15,000 sebagai modal permulaan termasuk membeli acuan untuk batu nisan dan kepuk," katanya ketika ditemui di Felda Chiku 2, di sini.
Mohd Azhar berkata, harga bagi batu nisan sungai bergantung kepada besar batu dan jenis ukiran nama di antara RM350 hingga RM450 sepasang.
"Bagi batu nisan import pula dijual dengan harga RM800 sepasang dan untuk satu set iaitu kepuk serta batu nisan antara RM350 hingga RM1,200 bergantung kepada saiz sama ada untuk dewasa atau kanak-kanak dan batu nisan bersama ukiran nama.
"Pada bulan biasa saya menerima tempahan kira-kira 40 pasang batu nisan sungai dan ia akan meningkat pada musim perayaan sehingga 60 pasang.
"Semua batu untuk membuat batu nisan ini saya cari sendiri di beberapa sungai di Gua Musang, Kuala Krai dan Jerteh, Terengganu," katanya.
Katanya, setiap hari dia yang dibantu abang ipar dan anak saudara boleh menyiapkan sehingga empat kepuk bersama batu nisan.
"Cuaca panas ketika ini sedikit sebanyak dapat membantu proses pengeringan batu nisan sungai di mana kami boleh menyiapkan sehingga tujuh pasang sehari," katanya.
Mohd Azhar menunjukan batu nisan Sungai dan Batu nisan import yang boleh dipilih pelanggan di rumahnya di Felda Chiku 2, di sini. FOTO Paya Linda Yahya
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -jadi-sumber-rezeki |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|