PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al Bakri pesan lebih baik membaca al-Quran dan buat perkara yang lebih berfaedah daripada buat kandungan ‘memburu’ hantu atau paranormal.
Zulkifli menerusi artikel terbaharu di portal Maktabah Al-Bakri turut menasihatkan agar tidak melakukan perkara sedemikian dan buatlah perkara lebih bermanfaat seperti menghadiri majlis ilmu, bersukan dan seumpamanya.
Gambar Hiasan
“Membuat perkara yang berunsur mistik secara berlebihan dikhuatiri akan membawa kepada kesyirikan, ketahyulan dan khurafat. Semoga Allah SWT memelihara akidah kita daripada dicemari syirik dan khurafat,” katanya.
Katanya, Syeikh Mustafa al-Maraghi menyebut bahawa beriman dengan perkara yang ghaib ialah percaya bahawa adanya kewujudan di sebalik alam yang nyata yang mana ianya dipandu dengan dalil dan akal yang waras.
Jelasnya, firman Allah SWT juga menceritakan bahawa kewujudan syaitan yang sentiasa menjadi musuh nombor satu kepada manusia. – CARI
Post time 14-6-2023 08:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Buat pengetahuan mantan pak mofti la ye, dorang wat live cari hantu sebab peminat kasi gifts berupe coins. Ko dah dok di kusyen empok usah nak sebok hal biforti yang terkedek2 cari duit berbagai cara..
Post time 14-6-2023 09:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dulu2 kan ada apartmen kat cheras yg kena ganggu teruk sampaikan semua blok dikosongkan. Pastu sekarang di rennovate balik. Ada org duduklah kot. Ada thread kt bod mps.
Post time 14-6-2023 09:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mungkin ada yg salah faham atau tak baca isi kandungan.
"Zulkifli menerusi artikel terbaharu di portal Maktabah Al-Bakri turut menasihatkan agar tidak melakukan perkara sedemikian dan buatlah perkara lebih bermanfaat seperti menghadiri majlis ilmu, bersukan dan seumpamanya."
Post time 14-6-2023 09:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by airfilterkotor at 14-6-2023 10:00 PM
Dari depa carik antu buat konten,
ada bagusnya pi carik babi utan dalam belantara nun.
Kurang² dapat memberi manfaat pada penonton jika kena sondol sampai parah.
Baru la berbaloi utk kitorang nak like ke, share dan subscribe ke, kasik coin ke, bunge ke...
Post time 14-6-2023 09:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dulu sek rendah, ustzh aku ada bgtau cara mcm mn nak dpt tgk jinke hantu tah, buat ms maghrib. Tp dah lupa dah sbb xhingin aku...
Klau lah korg tau org yg hijabnya terbuka rasa mcm mn bila ternampak hantu2 ni...huhhh..ngeri n seram kita yg dgr ni pun...
Post time 14-6-2023 11:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Saya sokong mantan mufti. Daripada mereka buat konten cari hantu segala, baik buat benda lain sebab benda ni boleh menghala kepada syirik apatah lagi untuk mereka yang cetek pegangan agama.
Post time 15-6-2023 04:28 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kitorang dulu main spirit,guna syiling singapore yg dulu2 tu,sebab nak tangkap pencuri laptop kat asrama.
Menjadi ye,tapi kejap je la sbb masing2 takut terus hantar balik.tak sangka menjadi
esok demam terus yg main tu
Post time 15-6-2023 04:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dari yg buat konten mistik, peminat yg menonton, penyokong aktiviti sebegini & yang mempertahankan.... Semua dah terperangkap dalam tipu daya iblis syaitan kahkahkahkahkah...... Aktiviti berfaedah sebab dapat coin kunun .... Hebat sebab dapat menjelajah banyak negara kunun kahkahkah