CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1650|Reply: 22

Dicerai Suami 'Anak Mak' Kerana Berdegil Tak Nak Bagi Anak Kepada Kakak Ipar Mandul

[Copy link]
Post time 15-6-2023 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Disebabkan terlalu patuh pada ibu, seorang lelaki sanggup melepaskan isteri sendiri kerana enggan menyerahkan anak yang dikandung kepada kakak ipar mandul.


"Aku berpisah sebab mak mentua nak aku bagi anak pada kakak ipar (anak dia) yang belum ada rezeki mengandung," ujarnya.




Gambar hiasan - Kosmo




Kisah dirinya yang dipaksa memberikan anak kepada ipar juga pernah tular di media sosial sebelum ini.


Pada pandangannya, campur tangan mentua dalam kehidupan rumah tangganya berlaku kerana dia merupakan insan 'sebatang kara'.


Akibat sering didesak untuk memberikan anak yang dikandung, dia mengambil keputusan untuk keluar rumah bersama anak pertama sehelai sepinggang.


Apa yang menyedihkan, suaminya langsung tidak mempedulikan tindakannya yang merajuk membawa diri.







Dia turut berkongsi tentang kehidupan kakak iparnya yang bahagia dengan suami meskipun mereka tidak dikurniakan zuriat.


"Kakak ipar yang tak boleh mengandung tu gembira dengan suami dia. Tak ada suami dia ceraikan sebab dia tak boleh mengandung.


"Tapi kenapa aku yang kena?" ajunya kecewa.


Bukan itu sahaja, dia turut mendakwa suaminya mahupun keluarga mentua langsung tidak menghiraukan dia dan anak-anak selepas mereka keluar dari rumah.


Mereka juga langsung tidak datang melawat walaupun sudah seminggu anak kecilnya dimasukkan ke hospital.


Khabar anak sulungnya juga tidak pernah ditanya sejak kejadian tersebut.


Apa yang berlaku ini menyebabkan dia berasa hairan dengan sikap bekas suami.


Sebagai ayah, mustahil dia tidak ada rasa sedikit kasihan terhadap anak-anak atau berasa serba salah.




FB




Luahan yang dikongsikan di halaman TikTok itu menjadi tular di media sosial.


Rata-rata warga maya yang mengikuti kisahnya sebelum ini menzahirkan rasa sedih dan pilu kerana akhirnya dia dan suami berpisah kerana sikap ibu mentua.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 11:16 AM | Show all posts
Antara kemungkinan, suami tu tak cinta pun kat pompuan ni kawin sebab kena paksa atau cover. Sila sambung...

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada pro dan kontra

Laki dia tak bersedia nak anak kedua
Laki dia tak berduit tak mampu
Bini dia tak memahami
Bini dia tak reti mengasuh anak sorang tapi gigih nak anak lagi

Zaman dedolu
Orang memang bagi kat adik beradik jaga anak
Sebab selalu berjumpa sekampung kan

Tapi atas ibu
Anak kite oiii
Kalau dah kena cerai
Maka bela lah anak sendiri

Untuk mak mertua kaki atur
Go to neraka

Done macik komen tak bias
Semua kena libasss
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 11:32 AM | Show all posts
gila apa suka hati suruh bagi anak sendiri kat orang

suruh la mak mentua tu beranak bagi kat menantu dia

tiberhhh solusi aku
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 11:35 AM | Show all posts
suggest la kat mak mertua tu suruh menantu laki dia kawin lagi satu
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada jer yg I kenal, yg lelaki berthn kawin xde anak..suruh ambik ank angkat, dia xnak. Mak nya keep pujuk suruh ambik, dia nak tp dgn Syarat nak anak adik lelaki dia..nak jg keturunan sendiri jer. Mana mau adik ipar nak bagi..anak kembar plak tu.
Sampai skg xde anak...seronok hidup berdua jer katenya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2023 11:58 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-6-2023 11:35 AM
suggest la kat mak mertua tu suruh menantu laki dia kawin lagi satu

haha well said..dh alang2 nak bercerai pun kan..bagi sedas setepek kat mak mertua dgn kakak ipar tu kan baru dtg akal diorg
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 12:05 PM | Show all posts
Suruh laa mertua mngandung bg anak ke kak ipar..kira jaga adik bongsu lerrr skali..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Semak ngn tered krt kt bod CI.
Hanat betol.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 12:16 PM | Show all posts
Ingat nak kucing ke sesuka hati nak bagi2 kat orang...
Mesti jenis MIL makcik bawang kampung bertudung tapi kain singsing sampai ke lutut
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 12:17 PM | Show all posts
so ni dah kena cerai la eh?
Kesian la hai...
dah tu ni.. dua2 anak dia dapat.. tapi sape pulak nak tanggung makan minum? Dahla sebatang kara..
moga2 ada mana2 pusat pelindungan wanita ke dapat bela nasib dia..
bela la dia sementara pregnant n dalam pantang.. lepas tu bole la gi cari keje dek..
usahala selagi bole.. bagu kau viral kat tiktok.. manala tau ada peguam ke apa yg sudi nak bantu.. koman2 nafkah anak2 sebat kat laki la.. untuk tekak kau pandai2 la kau jual goreng pisang ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 12:36 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-6-2023 11:35 AM
suggest la kat mak mertua tu suruh menantu laki dia kawin lagi satu

kannn..  kalau anak lelaki sendiri kena, gigih suruh kawen lain...  kena kat anak perempuan sendiri, paksa menantu perempuan bagi anak...  bodoh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 12:38 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 15-6-2023 12:08 PM
Semak ngn tered krt kt bod CI.
Hanat betol.

eh, baru perasan ni kat isu semasa...  si wartawan bodo mal ni memang camni...  bengap tak reti nak tepek kat benang viral...  admin pun orang dah report banyak kali, buat bodo je...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 12:58 PM | Show all posts
mil n laki dia mmg xtau tanggungjwb ke? tu laki tu jgn lupe bg nafkah. tp harap adik ni carila keje. mau diorg tuntut hak penjagaan nti dgn xde keje dpt kat laki dia mmg confirm mil tu suruh kakak dia bela
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 01:15 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-6-2023 11:35 AM
suggest la kat mak mertua tu suruh menantu laki dia kawin lagi satu

haaa ni bagus sgt...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
IRL pun I ada kenal sorang situasi sama... MIL suruh bg anak she ols kat kazen laki she ols. She ols bengang lah. Dah x bertegur sapa dgn MIL tu. Akak ni dah 50an skarang. Entah idup entah mati dah MIL dia tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
bagusla dh cerai. moge adik ni dpt keje yg bagus utk tampung anak2. org pempuan mmg kne keje. ade income sendiri. toksah bergantung dgn org. ade duit sendiri, senang nk melangkah jauh

yg mil dgn laki die moge Allah je balas 'jahat' masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Suggest adik ni gi sondol laki kak ipar dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la cerai
He's just not that into you
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 02:54 PM | Show all posts
au klu bab2 viral ni xcaya sgt
saje nk cari duit
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.044257 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list