CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3539|Reply: 51

Ebit Lew Bantu Janda Muda Penuh Tatu Di Wajah, Dalam Mata Dan Badan- Bawa Datang Malaysia Jual Sambal

[Copy link]
Post time 15-6-2023 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Hidup seorang ibu tunggal warga Indonesia dilihat berubah sepenuhnya selepas dibantu Ustaz Ebit Lew, baru-baru ini.


Dikenali sebagai Mondy, Ebit menyantuni dirinya ketika dia sedang tidur beralaskan kotak di tepi jalan di negaranya.








Dia yang mempunyai penuh tatu di wajah, dalam mata dan badannya mula berpakaian menutup aurat selepas dibantu oleh Ebit ketika kunjungannya ke sana.


Selepas seminggu kisah itu tular, Mondy yang sebelum ini berimej 'punk' dilihat tampil menerusi siaran langsung bersama Ebit sambil membuat jualan sambal tempoyak bilis petai.








Menerusi siaran langsung pada Rabu, wanita itu kelihatan tenang ketika duduk bersebelahan Ebit dalam sesi jualan dalam talian.


"edas, tapi tak la pedas melampau, tapi pedas la. Memang cukup rasa pedas, masam... Tak terasa petai.


"Orang yang tak suka makan petai, tiba-tiba akan suka makan petai," ujar Ebit bercerita tentang produk makanan itu.




  



Mondy pula kelihatan tersenyum sambil memerhatikan Ebit berinteraksi dengan netizen yang menonton siaran berkenaan.


Dalam pada itu, sedutan siaran tersebut turut dimuat naik semula ke aplikasi TikTok sehingga ia menerima pelbagai komen.


Rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira melihat perubahan Mondy selepas dia dibantu oleh Ebit.


  



Malah, mereka juga berterima kasih kepada Ebit kerana telah memberikan kehidupan yang lebih baik buat wanita berkenaan.


"Bertuah adik ni, rezeki tak disangka.


"Allah yang aturkan Ustaz Ebit jumpa Mondy.


"Syukur Mondy bertemu Ustaz Ebit," tulis beberapa netizen.


Mondy dipercayai datang ke Malaysia atas bantuan Ebit yang turut membuat perkongsian tentang kisah hidup wanita itu.


"Rezeki bertemu Mondy ibu tunggal 21 tahun di Jakarta yang menyara anak kecil berumur empat tahun. Dari kecil hidup susah dan dijalanan. Masa kami mula sampai mondy asyik menangis terharu. Dia baru keluar dari rumah sewa tak mampu bayar tidur dijalanan.


"Saya tanya adik nak kerja? Dia kata ada ke orang nak ambil saya kerja? InsyaAllah kami cuba carikan. Katanya asyik menangis cantik baju dan tudung ini. Teringin nak hijrah solat menutup aurat dan menjadi hamba Allah yang baik. InsyaAllah saya nak istiqamah.


"InsyaAllah kami akan bantu beri tempat tinggal dan bantu cari kerja untuknya supaya dapat terus hijrah insyaAllah, tulis Ebit di Instagram. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kantoi dah semua tu lakonan
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Fukeyyy la ko ebit.
Sah2 betina tattoo tu influencer dkt sana.

Ebit ni yg patut ditarbiah.
Dasar pengongk*k agana
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa dia ni konon² dakwah tp x bawa bini? biar la bini dia dakwah kt pompuan²
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 15-6-2023 11:18 AM
Dah kantoi dah semua tu lakonan

kes dia camna...tunggu pi mahkamah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm....ramai lagi orang kita layak dibantu, bit oi. Yang kau pulak gigih bawak orang tu datang sini meniaga. Kebal betul kabel kau ye? Ada naga bela kau ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2023 11:36 AM | Show all posts
"sapa percaya bodo "- tilla melvin, 2023
kahkahkah
aku ni takda la anti ebit ke apa ke tapi tak beragak la berlakon tu
pompuan pakai macam gothic2 bukan macam pengemis
ko ni ebit sila cuba lagi ye
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 11:42 AM | Show all posts
masuk ni je 3 thread dah pasal dewa sayu ni, dah kenapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 11:45 AM | Show all posts
iols rasa suspicious la... lama x dengar berita dia ni naik balik..

ala.. xde org nak ambik keje ko buat bini bernombor je lah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 11:47 AM | Show all posts
Kena game je la. Pompuan ni influencer.

https://www.thevocket.com/bukan- ... u-dibantu-ebit-lew/
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 11:49 AM | Show all posts
kot ye pon, logik ke gelandangan pakai braces nyah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 11:49 AM | Show all posts
Themilo replied at 15-6-2023 11:46 AM
Kena game je la. Pompuan ni influencer.

https://www.thevocket.com/bukan-gelandangan-tapi-influenc ...

oho.... ongmesia kene game dia je lah ni... nak popularity kew ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 11:53 AM | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 15-6-2023 11:32 AM
kes dia camna...tunggu pi mahkamah ke?

Dah start panggil saksi pendakwaan awal Mei lepas.....sambung Jun 21 - 23 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 12:02 PM | Show all posts
Untung gelandangan sekarang siap pakai braces eh??huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 12:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar benar. Jadik seken wife je la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Brp bnyk pendatang ko nk bawak ke Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
cattiecute: "sapa percaya bodo "- tilla me ...


Buay kerja tak penah clean ebit ni hahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 12:33 PM | Show all posts
aku rasa sayulah... .

tiktokers atau model ni aku rasa memang dah jatuh jadi b40...  dah kena halau dari rumah moga perempuan ni akan dipermudahkan segala urusannya

.. dan moga ebit diadili spt biasa tanpa rasa kesian dari hakim. ... biarlah ebit ni belajar ada akibatnya jika ada berada didunia kegelapan bila tak ada orang tahu dan berada dunia kepura-puraan bila berada didepan orang ramai(well maybe) ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 12:34 PM | Show all posts
Sampai bawa ke Msia kenapa?
Calon isteri ke hapa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.055230 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list