CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 280|Reply: 0

[Perak] Takdir menyatukan kembali selepas 21 tahun

[Copy link]
Post time 15-6-2023 03:35 PM | Show all posts |Read mode

HAWAZALINA bersama suami, Mohd Ezwani yang berkahwin semula selepas hampir 21 tahun berpisah. FOTO ihsan HAWAZALINA

Batu Kurau: Takdir memisahkan pasangan ini hampir 21 tahun lalu dan takdir juga menyatukan mereka kembali sebagai suami isteri pada April lalu.

Ikatan perkahwinan pertama dibina Hawazalina Mohd Othman, 46, dan Mohd Ezwani Ahmad Nazeri, 45, selama dua tahun terlerai pada Jun 2002 sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.

Kisah mereka mendapat perhatian di TikTok apabila Hawazalina yang mengambil tempahan dan mengajar seni mengait berkongsi video di akaun sosial itu, baru-baru ini.

Hawazalina berkata, selepas berpisah mereka berkahwin lain dengan pasangan masing-masing, namun perkahwinan itu tidak bertahan lama.

Menurutnya, sepanjang perpisahan selama hampir 21 tahun, mereka tidak pernah berhubung atau bertemu kerana sudah mempunyai hidup sendiri.

"Saya berkahwin dengan bekas suami kedua pada 2008 sebelum berpisah pada 2019 dan kami mempunyai tiga anak, manakala suami pula berkahwin bersama bekas isteri keduanya pada 2007.

"Suami kemudian berpisah dengan isterinya pada 2018 serta turut mempunyai tiga anak dan kami tidak pernah berhubung ketika itu," katanya yang tinggal di Kampung Jawa, di sini, ketika dihubungi, baru-baru ini.

Hawazalina berkata, hubungannya dengan suami kembali terjalin pada 22 Februari lalu iaitu dua hari selepas ibunya meninggal dunia apabila Mohd Ezwani mengucapkan takziah di hantaran Facebook (FB) selepas diberitahu rakan mereka.

"Pada mulanya saya tidak mengecam wajah suami sebab susah terlalu lama tak berjumpa dan wajahnya juga sudah berubah sehingga adik saya yang mengecamnya.

"Suami kemudian mahu menjadi rakan di FB dan sejak itu kami mula berhubung dan ketika itulah kami baru tahu kisah masing-masing.

"Suami kemudiannya cakap, kenapa tidak kami bersatu kembali dan saya bersetuju dengannya," katanya.

Katanya, dia tidak mengambil masa lama untuk bersetuju kerana mengakui percaya dan yakin bahawa Mohd Ezwani mampu menjaganya hingga ke akhir hayat selain perpisahan sebelum ini bukan kerana mereka mempunyai masalah.

"Perpisahan kami sebelum ini kerana faktor sangat peribadi, tetapi sepanjang perkahwinan kami sebelum ini suami seorang yang baik dan bertanggungjawab. Saya percaya suami masih sama seperti 21 tahun lalu.

"Semua anak dan keluarga kami juga menerima keputusan (perkahwinan semula) ini. Sejujurnya memang agak kekok kerana sudah lama tidak bertemu, tetapi apa yang saya harapkan perkahwinan semula ini akan kekal selamanya hingga akhir hayat kami," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... li-selepas-21-tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:12 PM GMT+8 , Processed in 1.625466 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list