CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6974|Reply: 99

Nafsu Songsang Tiba-Tiba Berubah- Pengkid Cantik Bikin Mak Nyah Angau, Nak Kahwin Lepas 5 Hari Kenal

[Copy link]
Post time 15-6-2023 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Kisah seorang mak nyah yang jatuh cinta dengan pengkid cantik menajdi perhatian ramai.


Adam, 40, atau Danny mengakui gemar menggayakan pakaian serta aksesori perempuan selain yakin mengenakan solekan di wajah.


Manakala teman wanitanya, Nurazearah Fateha, 22, pula selesa tampil berambut pendek dan berkemeja lengan panjang serta menyarung jaket macam lelaki.


Foto: mStar




Menurut Danny, tanpa dirancang nalurinya yang sebelum ini tertarik kepada kaum sejenis akhirnya kembali kepada fitrah selepas bertemu Nurazearah.


"Kali pertama berjumpa dengan teman wanita saya ni di sebuah restoran Arab. Cantik aturan takdir. Saya sebelum ini tidak pernah bercinta dengan perempuan, lebih cenderung dengan lelaki.


"Teman wanita saya ni senang dengan panggilan Yan, dia yang datang tegur saya. Dia cakap saya ni cantik. Yan sebenarnya terkejut apabila tahu umur saya dah 40 tahun sebab dia ingat saya masih 20an, awet muda begitu.


"Kami pun cuba berkenalan walaupun jarak umur jauh. Dalam masa lima hari kami berkawan, kami putuskan untuk berkahwin. Hari ni dah masuk 22 hari kami bersama, majlis akad nikah kami pada 2 Julai nanti.


"ersiapan sudah 95 peratus termasuk isi borang nikah dan dokumen lain," kata Danny yang memiliki sebuah salun rambut yang sudah beroperasi selama 21 tahun di Ampang, Selangor.


Foto: mStar







Keluarga Danny juga memberikan sokongan tidak berbelah bahagi dan merestui hubungan demi melihat anak lelaki mereka akhirnya mempunyai teman sehidup semati.


"Saya memang tak ada niat untuk bercinta atau berkahwin. Saya pernah dua kali bertunang tapi tak diteruskan atas sebab-sebab peribadi.


"Biasanya keluarga yang arrange untuk saya dijodohkan dengan calon-calon pilihan mereka tapi tak ada rezeki. Alhamdulillah, Yan ialah pasangan pertama pilihan saya sendiri.




Foto: mStar





"Kadang-kadang kita tak tahu, Allah boleh jentik hati kita untuk menerima seseorang walaupun sudah kecewa dengan cinta. Kali pertama saya bertentang mata dengan Yan, saya terdetik, dalam hati... this is the one.


"Kalau boleh saya nak segerakan perkahwinan kami, risau kalau tiba-tiba ada aral yang melintang dan hubungan ni tak menjadi, saya tak nak dikecewakan lagi," kata Danny yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan.


Ketika ditanyakan tentang penerimaan keluarga bakal mentuanya, Danny mengatakan pada ketika ini dia hanya menghubungi mereka melalui panggilan video.


"Saya tak sempat lagi nak berjumpa mereka secara bersemuka, tapi keluarga Yan sangat excited dengan hubungan kami. Apabila keluarga dia dapat tahu Yan bercinta dengan lelaki mereka sangat gembira.


"Rumah Yan di Gombak, Selangor dan dekat sahaja dengan tempat saya. Pernikahan kami nanti secara bersederhana sahaja, kami akan buat majlis tiga bulan selepas itu," cerita Danny.


Foto: mStar







Berbicara mengenai soal perancangan selepas bernikah, Danny mengatakan dia menyimpan hasrat untuk membawa Yan berbulan madu di pulau dalam negara.


"Saya ada plan nak pergi bercuti dengan bakal isteri nanti. Saya pun dah ada rumah saya sendiri di Ampang ni, nanti Yan akan duduk sekali dengan saya.


Yan juga pernah putus tunang dan berharap hubungannya dengan Danny akan berkekalan.


"Yan bekerja di kilang memproses makanan sejuk beku. InsyaAllah perkahwinan ini akan membawa kebaikan untuk kami berdua, kami akan menyokong antara satu sama lain ketika susah dan senang," kata Danny.


Mengakui mereka merupakan pasangan istimewa kerana masing-masing berkecelaruan identiti, Danny memasang niat untuk berpimpin tangan dengan isterinya kelak ke jalan yang lebih baik.


"Harapnya perkahwinan saya dan bakal isteri akan sampai ke Jannah. Biar ia jadi satu perkahwinan yang kekal sehingga ke akhir hayat saya. Kami akan cuba perbaiki diri apa yang kurang.


"Saya juga minta doa daripada orang ramai supaya dipermudahkan urusan kami untuk kembali ke jalan Allah ini," kata Danny menutup bicara. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaaaaaaaa ku igt di indon.. Ni danny yg plastik surgery hidung rosak tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat viral sotong tu kn
Taste dia gitu jah rupanya lama gila kot dia mencari
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensemnya laki tu. Jd prempuan plak lawo. Pasal hubungan tu xtau la nk ckp apa. Speechless & exciting at the same time.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 04:37 PM | Show all posts
ni kalau catwalk yg king tomboy tu ok la gak kan??? tp bukan tomboy la. hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah rancang tarikh nikah bagai, tapi tak jumpa lagi bakal keluarga mentua. Padahal sepelaung je rumahnya... Lain macam kau dik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2023 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 15-6-2023 05:22 PM

Sorang ada kote sorang ada lubang no problem, boleh beranak
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 04:45 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 04:45 PM | Show all posts
JunkMail replied at 15-6-2023 04:38 PM
Dah rancang tarikh nikah bagai, tapi tak jumpa lagi bakal keluarga mentua. Padahal sepelaung je ruma ...

family members bakal wife tu dah sujud syukur kot pengkid tu nak ends up dengan jantan jua akhirnya.. walaupon jantan sotong..

taktaula masing2 tukar watak ke hape nanti bila dah kawin.. yg pompuan pengkid.. nak jadi jantanla kiranya kan?
yang lelaki pulak nak jadi pompuan. So nanti sape suami sape isteri ha?
memangla tak jadi kesalahan la sbb dah dorang asalnya memang lain jantina..
cuma maybe job scope dalam perkahwinan dia camne? hehe.. exciting la jugak ceritanya..

moga masing2 terbuka hati nak jadi pasangan normal..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 04:54 PM | Show all posts
semoga berubah dan berjodohan hingga ke surga dik..jadi laki hensem, jadi pompuan pun lawa...mcm bang jat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 04:55 PM | Show all posts
hah ok latu, sorg lembut sorg tomboi xde maslah pun,dah tuhan jadikan diorg mcm tu yg penting ikut fitrah,nut dan skru walaupun ditukar sebutan boleh juga masuk
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 05:04 PM | Show all posts
mcm menarik pulak kisah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 05:09 PM | Show all posts
Danny ni ke yg berapa kali buat hidung tu?  
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 05:15 PM | Show all posts
Edited by Samerosie at 15-6-2023 05:16 PM
swimswim replied at 15-6-2023 04:33 PM
Haaaaaaaaa ku igt di indon.. Ni danny yg plastik surgery hidung rosak tu ke

I rasa betullah tapi bukan main filter nya.



Rupa sebenar tanpa filter



cc @anony-mous   


Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko mat danny, bkn takat kecelaruan identiti.. kecelaruan fizikal wajah pun ye..den pun dah tak tahu nak imagine muka ko yg mana satu.. kehkehkeh

Suka ati ko lah janji ko yg bahagia...ada aku kesah..kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bnyk best kisah hidup bini dia..tombog jumpa pondan..jatuh cinta..kawen

Pondan tu dah la ada kerjaya dah..rmh lg mmg masuk cuci kaki je la nnt

Semoga dua2 berubah ke kehidupan yg lebih baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok tomboy ni hensem. Tp baik la jd ppuan. Walaupun dulu aku pun tomboy dan menyampah org panggil aku anak dara
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh kejap. Yg mana satu tomboy tu? Pening dh aku
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Cis cantik hapoooooo..

Muka belacan abes
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakalan kawen coverina aje ni.... but maybe they've mutual understanding with each other..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.060282 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list