CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 236|Reply: 0

[Selangor] Kilang tauhu, mi kotor diarah tutup

[Copy link]
Post time 17-6-2023 10:55 AM | Show all posts |Read mode

FOTO Facebook MPHS.

Hulu Selangor: Dua kilang memproses makanan di daerah ini diarah tutup bermula semalam, selepas gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Kilang menghasilkan tauhu telur dan mi yang masing-masing beroperasi di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung mendapat markah kebersihan di bawah 60 peratus.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) berkata, pihaknya bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menjalankan pemeriksaan bersepadu di dua kilang terbabit.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis berada dalam keadaan kotor, tiada penyelenggaraan dan kawalan kebersihan.

"Selain itu, terdapat juga serangga perosak dan penyimpanan bahan yang tidak teratur sehingga boleh menyebabkan keracunan makanan," katanya dalam kenyataan.

MPHS berkata, premis terbabit juga mengalirkan cecair dari kilang ke dalam longkang awam dan menyebabkan ia tersumbat serta berbau busuk.

"Sebanyak tujuh notis Seksyen 32B dikeluarkan dengan nilai kompaun sebanyak RM15,500 kepada pemilik kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Premis Makanan 2007.

"Pada masa sama, MPHS juga mengeluarkan 11 kompaun terhadap kedua-dua kilang meliputi kesalahan tidak mengadakan kawalan serangga perosak, membuang enfluen ke dalam longkang awam, keadaan premis yang kotor, penyusunan stor penyimpanan dan penyediaan makanan yang tidak mengikut peraturan dan menjalankan perniagaan tanpa lesen perniagaan," katanya.

Operasi akan terus dijalankan bagi memastikan premis berkaitan makanan patuh undang-undang dan kualiti produk dihasil selamat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kotor-diarah-tutup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.047875 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list