CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 215|Reply: 0

[Selangor] 'Emak tergamam dapat jumpa saya selepas 48 tahun'

[Copy link]
Post time 17-6-2023 01:02 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Sopian Mohamed Sapihi bertemu dengan ibu kandungnya, Fatimah Kuny Alive. FOTO Ihsan Mohd Sopian Mohamed Sapihi

Seri Kembangan: Selepas 48 tahun terpisah, Mohd Sopian Mohamed Sapihi kini mengecap nikmat kasih sayang ibu kandungnya, Fatimah Kuny Alive yang ditemui dalam pertemuan tidak dirancang pada 22 Mei lalu.

Kisah itu mendapat perhatian netizen selepas isterinya, Nor Faridah Badri, 46, memuat naik video sewaktu detik pertemuan itu di TikTok.

Berkongsi kisah sebenar, Mohd Sopian, 48, berkata, video itu dirakam dan dimuat naik pada hari pertemuan dengan ibunya yang kini berusia 72 tahun.

"Hari berkenaan, saya dan isteri bertolak ke Simpang Renggam kira-kira jam 7.30 pagi dari rumah dengan berpandukan maklumat diperoleh daripada sumber.

"Tak rancang apa pun kerana mulanya nak cuba cari saja namun ditakdirkan, saya jumpa dengan seseorang yang kebetulan kenal emak juga adik ipar (sebelah adik beradik tiri).

"Adik ipar yang bawa saya ke rumah emak. Pada awalnya, emak tak kenal saya namun dia tergamam selepas saya tunjukkan kad pengenalan saya kepadanya.

"Rupanya, emak masih ingat cuma sebelum ini dia sangka saya tinggal dan jaga ayah di Singapura kerana ayah berasal dari sana," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Pangsapuri Sri Indah, di sini.

Berkongsi perihal dirinya, Mohd Sopian berkata, dia terpisah dengan ibunya sejak berusia lapan bulan.

Sejak itu, dia dibesarkan bapa, nenek dan ibu saudara di Simpang Chenderiang, Batu 3, Temoh, Perak.

"Saya anak tunggal dan menurut apa diceritakan, ayah bawa saya bertemu keluarganya di Perak dan membawa surat beranak saya bersama.

"Awalnya emak dapat menghubungi ayah... tetapi mereka terputus hubungan jadi sejak itu ayah dan keluarganya membesarkan saya.

"Nenek sangat manjakan saya manakala kesemua ibu saudara layan dengan baik hingga saya sudah anggap mereka seperti emak kandung.

"Jadi, saya tak terfikir dan berasa pun kehilangan ibu waktu kecil dan di bangku sekolah memandangkan ayah pun masih ada ketika itu sebelum meninggal dunia 16 tahun lalu," katanya.

Menurut Mohd Sopian, individu sekeliling pernah memintanya mencari ibu kandungnya namun dia belum terbuka hati dulu kerana tiada petunjuk dan nampak kepentingannya.

"Dulu, memang ramai minta saya cari emak namun saya saja enggan kerana anggap tiada dosa atau kesalahan dengan emak jadi fikir tak guna mencarinya.

"Isteri pun ada minta saya cari emak namun tidak sampai mendesak. Lagipun, sebagai manusia saya ada ego saya dan logiknya siapa tak nak ibu?

"Seperkara lagi, saya bimbang jadi sebaliknya apabila berjumpa cuma apabila meningkat usia, baru ada keinginan itu (mencari) dan ia semakin membuak apabila timbul rasa sedih terkenangkan emak setiap kali selepas solat Subuh.

"Jadi, itu yang menjadi titik permulaannya dan sebenarnya, arwah mak ngah (ibu saudara) yang tawarkan diri bantu dan beri petunjuk namun usaha mencari sebelum ini tertangguh disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Sehingga ke hari ini, Mohd Sopian masih tidak menyangka bertemu semula dengan ibunya.

"Sampai satu tahap, saya fikir emak sudah tiada namun dengan izin Allah saya ditakdirkan bertemu emak selepas hampir lima dekad.

"Alhamdulillah, emak sihat dan adik beradik tiri pun terima saya dengan baik malah daripada dulu lagi emak ada ceritakan perihal saya kepada mereka.

"Cuma sebelum ini belum diizinkan bertemu dan saya kini dalam proses mencipta keserasian dengan emak kerana sebelum ini tak pernah berasa belaian ibu jadi ambil masa sesuaikan diri," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ya-selepas-48-tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.047542 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list