View: 287|Reply: 0
|
G-Dragon tetap ikon fesyen
[Copy link]
|
|
G-Dragon tetap ikon fesyen
G-DRAGON
Ketua kumpulan BigBang, G-Dragon sememangnya sinonim sebagai ikon fesyen yang terkenal dengan gaya tersendiri. Sebagai trendsetter dan tokoh berpengaruh dalam industri hiburan, G-Dragon telah memikat penonton dengan muzik dan pilihan fesyennya yang unik.
Menariknya, beberapa jenama terkenal telah mengiktiraf kehebatan fesyen penyanyi kacak itu dan sempat berkolaborasi dengannya. Jenama popular seperti Nike dan New Balance juga mencipta kasut khas untuknya, sekali gus melengkapkan penampilan ikoniknya dengan sempurna.
Pengaruh G-Dragon dalam dunia fesyen tidak dapat dinafikan lagi apabila syarikat jenama kasut terkemuka sanggup untuk ‘custom made’ kasut untuk bintang itu menunjukkan populariti G-Dragon tidak pernah memudar.
Kerjasama tersebut mengangkat pelantun lagu Crooked itu dalam liga tersendiri, selain memberi inspirasi kepada peminat.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/06/18/g-dragon-tetap-ikon-fesyen/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|