View: 486|Reply: 2
|
G-Dragon Tetap Ikon Fesyen
[Copy link]
|
|
Ketua kumpulan BigBang, G-Dragon dikenali dengan gelaran ikon fesyen cukup terkenal dengan gaya tersendiri.
Sebagai 'trendsetter' dan tokoh berpengaruh dalam industri hiburan, G-Dragon telah memikat penonton dengan muzik dan pilihan fesyennya yang unik.
Menariknya, beberapa jenama terkenal telah mengiktiraf kehebatan fesyen penyanyi kacak itu dan sempat berkolaborasi dengannya.
Jenama popular seperti Nike dan New Balance juga mencipta kasut khas untuknya, sekali gus melengkapkan penampilan ikoniknya dengan sempurna.
Pengaruh G-Dragon dalam dunia fesyen tidak dapat dinafikan lagi apabila syarikat jenama kasut terkemuka sanggup untuk ‘custom made’ kasut untuk bintang itu menunjukkan populariti G-Dragon tidak pernah memudar.
Kerjasama tersebut mengangkat pelantun lagu Crooked itu dalam liga tersendiri, selain memberi inspirasi kepada peminat.
Sumber: Kosmo! Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
fesyen dia ni kekadang mcm gelandangan tapi sbb dia gd kan |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau rajin research selalunya idea tu bukan 100% dari dia pun banyak juga dicedok dari orang lain sama tapi ramai tak perasan bab cedok dari mananya tu sebab dah di ikonkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|