CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 735|Reply: 0

Cara Untuk Anda Claim PERKESO Jika Berlaku Kemalangan Ketika Ke Tempat Kerja

[Copy link]
Post time 20-6-2023 07:19 AM | Show all posts |Read mode
Cara Untuk Anda Claim PERKESO Jika Berlaku Kemalangan Ketika Ke Tempat Kerja


Bukan semua dalam kalangan kita yang bekerja mempunyai kediaman yang berdekatan dengan lokasi tempat kerja. Malah ada yang perlu berulang alik dari kediaman ke tempat kerja yang mengambil masa berjam-jam untuk sampai. Sudah pasti, setiap hari risiko untuk kemalangan itu ada walaupun diminta untuk dijauhkan. Tetapi, katanya kalau berlaku kemalangan ke tempat kerja, anda boleh claim PERKESO?

Jadi, berikut merupakan cara untuk anda claim PERKESO sekiranya berlaku kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Namun, disarankan untuk lebih berhati-hati ya..

CARA CLAIM PERKESO KALAU KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE TEMPAT KERJA



Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya. Perlindungan di bawah skim ini meliputi kemalangan berikut:

1.Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaan

-Kemalangan yang ditimpa ketika berada di tempat kerja atau sedang menjalankan urusan kerja.

2.Kemalangan Semasa Kecemasan

-Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.

3.Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan

-Mengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat tinggalnya dengan tempat kerjanya
-Dibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannya
-Di antara tempat kerjanya dengan tempat pergi makan dalam masa rehat yang dibenarkan

4.Penyakit Khidmat

Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Contoh Penyakit Khidmat:

-Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan
-Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang merbahaya dan sebagainya

Jika berlaku kemalangan, selepas kemalangan tersebut anda kena:

1) Buat report polis

2) Dapatkan rawatan dekat hospital/klinik, simpan resit untuk claim SOCSO & photostat sekali untuk reference HR

3) Sketch peta (by hand/guna google map) untuk tunjuk tempat accident, area kerja & etc

Document yang anda kena pass dekat HR untuk completekan claim SOCSO:


1) Salinan IC

2) Bank statement. Sebab PERKESO nak verify korang punya nama, bank & no acc

3) Report polis yang korang dah buat

4) Claim resit rawatan, salinan asal

5) Isi borang ‘Laporan Kemalangan’

*Semua borang dan permohonan anda boleh dapatkan di laman web PERKESO ini ya!

Sumber: Twitter @anisssurayaaa, PERKESO
https://siraplimau.com/claim-perkeso-kemalangan/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.061924 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list