CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2188|Reply: 22

Terlepas Hukuman Mati, Bekas Penuntut Kolej Sebabkan Kematian Bayi Baru Dilahirkan Dalam Tandas Dibebaskan Serta Merta

[Copy link]
Post time 20-6-2023 02:04 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini membebaskan bekas penuntut kolej di Bukit Kayu Hitam, Kedah selepas menjalani hukuman penjara sembilan tahun atas kesalahan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan dalam tandas kolej itu, enam tahun lalu.


Nur Izzati Adi, 26, terlepas hukuman mati setelah pihak pendakwaan menerima representasi yang dikemukakan perayu agar pertuduhan yang membawa hukuman yang lebih rendah dikenakan terhadapnya.


Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail membebaskan wanita itu serta merta selepas kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan cadangan bahawa hukuman yang sesuai adalah penjara sembilan tahun.




NUR Izzati Adi (tengah berbaju kurung) dikawal pegawai penjara di Mahkamah Rayuan Putrajaya selepas bebas daripada hukuman penjara sembilan tahun kerana menyebabkan kematian bayi yang baru dilahirkan. - UTUSAN/NORLIZAH ABAS




Beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Azman Abdullah dan Hakim Mohamed Zaini Mazlan sebulat suara mensabitkan perayu mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan menghukumnya di bawah Seksyen 309B kanun sama.


Seksyen itu menyatakan: “Apabila seorang perempuan, dengan sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang bersenggaja, menyebabkan kematian anaknya yang baharu lahir, akan tetapi pada waktu perbuatan atau ketinggalan itu ia belum cukup pulih dari akibat melahirkan anak dan oleh sebab itu ketenteraman fikirannya pada waktu itu terganggu.


“Maka ia adalah melakukan kesalahan membunuh anak walaupun mengikut keadaannya kesalahan itu terjumlah kepada kesalahan membunuh orang.”


Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua puluh tahun dan denda.


Hakim Hadhariah sebelum itu meminta jurubahasa mahkamah bertanyakan Nur Izzati sama ada perayu bersetuju dan menerima cadangan terhadap hukuman penjara tersebut dan dijawab wanita itu: “Setuju Yang Arif’.”


“Perayu disabitkan atas Seksyen 309A dan hukuman penjara sembilan tahun dari tarikh tangkap pada 30 Mac 2017.


“Saya beri arahan kepada pihak penjara agar membuka garinya serta merta supaya perayu boleh berjalan keluar dari mahkamah dengan lapang dada,” jelas Hakim Hadhariah. Nur Izzati dilihat mengesat air matanya.


Selepas dibawa keluar dari kamar mahkamah oleh beberapa pegawai penjara, Nur Izzati yang menjalani hukuman di Penjara Pokok Sena, Kedah dilihat berpelukan dengan ahli keluarga yang hadir mengikuti prosiding rayuan itu.


Pada 10 April 2017, Nur Izzati didakwa menyebabkan kematian seorang bayi dengan menekupnya dalam satu insiden di tandas perempuan aras tiga kolej itu pada pukul 5.20 petang, 30 Mac 2017.


Pada 14 Jun 2020, Mahkamah Tinggi Alor Setar menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Nur Izzati setelah mensabitkannya atas pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Pihak pendakwaan mengemukakan 20 saksi pendakwaan manakala Nur Izzati merupakan sesatunya saksi pembelaan memberi keterangan.


Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Mokhzani Faris Mokhtar mewakili pihak pendakwaan manakala peguam Datuk Amirul Ridzuan Hanif mewakili perayu.


Mohammed Mokhzani memaklumkan, pihaknya percaya peguam sudah berbincang dengan keluarga perayu dan bersetuju dengan tawaran pihak pendakwaan untuk mengurangkan pertuduhan.


Ketika ditemui wakil media di luar mahkamah, Amirul Ridzuan memberitahu, pihak pembelaan mengemukakan representasi pada 11 April lalu bagi pertimbangan agar pertuduhan dikaji dan dikurangkan kepada pertuduhan yang membawa hukuman yang lebih rendah.


“Oleh itu, pihak pendakwaan bersetuju terhadap separuh daripada yang kami pohon dan dicadangkan agar pertuduhan di bawah Seksyen 309A dan hukuman di bawah Seksyen 309B dan pihak-pihak bersetuju dengan hukuman penjara sembilan tahun,” katanya.


Keterangan saksi-saksi pendakwaan menyatakan, Nur Izzati yang ketika itu berusia 20 tahun mendaftar di kolej itu sebagai penuntut semester pertama ketika kandungannya berusia enam bulan dan keadaan itu tidak disedari oleh rakan-rakan asramanya.


Pada hari kejadian, Nur Izzati pulang dari kelas dalam keadaan letih dan mengadu sakit perut akibat `datang bulan’ dan kerap keluar masuk tandas dalam tempoh yang lama.


Selepas melahirkan anak dalam tandas tersebut, wanita itu berehat di bilik asrama sehingga bayi itu ditemukan oleh seorang penuntut yang menggunakan tandas yang sama.


Keterangan kes turut menyatakan, salah seorang penuntut bertindak mengeluarkan bayi itu daripada mangkuk tandas dan membalutnya menggunakan tudung sebelum meletakkannya di atas sinki tandas.


Pakar patologi yang memberi keterangan pada perbicaraan mengesahkan, bayi tersebut dilahirkan dalam keadaan masih hidup dan cukup sifat manakala ujian klinikal mengesahkan bayi itu darah daging perayu hasil hubungan seks dengan teman lelaki.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2023 02:21 PM | Show all posts
start over la dik, gi cari kerja luar negara
org tak kenal sgt
da dapat 2nd chance sementara masih muda
kisah lama jadik teladan, jgn dok ingat jgn dok kenang

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 02:41 PM | Show all posts
kejamnya ko benamkan bayi tu dlm tandas, taubatla dik moga ko jd org yg lebih baik n amikla pengajaran
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 02:49 PM | Show all posts
Kesian sheols kena hadap benda ni sorang2. Yang mengandung, yang panic, yang jalani hukuman semua sheols sorang. Semoga dijadikan pengajaran untuk yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 02:55 PM | Show all posts
Kesiannye..
Apa jadik kat boyfren dia??
lepas mcm u aje?
Kita tengok dia kena penjara tu secara fizikal, trauma bunuh anak sendiri tu sampai mati pun tak tentu aman dia ni..
Semoga dia bertaubat dan Allah ampunkan dosa dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 02:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2023 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Jalan cerita cara dia buang baby tu sama betul dgn tempat kerja ai dlu. Bg alasan period jugak. Walhal org yg masuk tandas sebelah pelik sb darah banyak. Dah beranak,masuk line , lembik dah , SV bagi balik. Last2 yg masuk tandas sebelah tu tak puas hati ,masuk toilet balik kena panjat sb dia lock dr luar. Nahh kau baby terbenam dlm lubang .
Girl tu pun muda dlm 18 cmtu . Kes senyap sb dgr kabor anak polis. Mmg tak dtg terus dah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian baby tu tak bersalah

Kalau geram sgt pegi la bunuh boipren babi tak guna ko tu dikk bukan baby tu..aduhai

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2023 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 20-6-2023 03:12 PM
Jalan cerita cara dia buang baby tu sama betul dgn tempat kerja ai dlu. Bg alasan period jugak. Walh ...

Patutnya kan kalau kes mengandung gini..Msia kene buat undang2 buat dna test sapa bapak baby..lepas tu kene tanggung baby tu sampai besar. Kesian perempuan kene hadap benda ni sorang2. Meols doa sapa2 yg dah mengandung luar nikah dpt kekuatan bela baby dan mula hidup baru.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 03:24 PM | Show all posts

harap dia dipulaukan kat kampung
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 03:37 PM | Show all posts
ya Allah knp x gugurkan dari awal dari kau bunuh bby tu. xtau nak ckp ape dah. menyesal la ko seumur hidup
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 03:42 PM | Show all posts
asfaz replied at 20-6-2023 03:12 PM
Jalan cerita cara dia buang baby tu sama betul dgn tempat kerja ai dlu. Bg alasan period jugak. Walh ...

seram yach... baru2 ni pun iols terkejut kat US senang lenang je ada sorang remaja perempuan ni beranak lepastu keluar2 tandas macam takde apa yang berlaku.... aiyoooo macam mana ye deorang leh takde rasa apa sakit ke lepas beranak tu... jalan pun rilek jah macam takde apa yang berlaku...
ada kah sebab keje buat maksiat tu maka dah lohong buki memasing... ya ampunnn... patut la jamu gentel tepi jamban kak km tu laku...





Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
So jantan hanat tu lepas bebas? Jgn2 dah beranak pinak
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia dh jalani hukuman dunia.
Di akhirat tak tahu lg..
Semoga anak ni dh bertaubat sungguh2.
Tk perlu kita mendoakan yg tk baik buat dia.
Entah pengakhirannya lg baik dari kita semua.
Lg afdal doakan anak2 keturunan kita tidak tersalah langkah spt anak ini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 03:48 PM | Show all posts
tak paham aku,
knapa dibebaskan serta merta daaa?..

“Perayu disabitkan atas Seksyen 309A dan hukuman penjara sembilan tahun dari tarikh tangkap pada 30 Mac 2017.


“Saya beri arahan kepada pihak penjara agar membuka garinya serta merta supaya perayu boleh berjalan keluar dari mahkamah dengan lapang dada,” jelas Hakim Hadhariah. Nur Izzati dilihat mengesat air matanya.


2023-2017 = baru 6 tahun

lagi 2 tahun tu cmne?ada diskaun cm shopee sales 6/6 ke aku yg tk paham
hahah
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 20-6-2023 03:45 PM
So jantan hanat tu lepas bebas? Jgn2 dah beranak pinak

Haa kann ehh senanghati je dia lps bebas. Persoalannya kena report polis dulu baru bole siasat ekk....tp nk caj apa sbb sukasama suka kan. Peliknya undg2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2023 04:09 PM | Show all posts
Kes rayuan ni kak Natipah Abu yg tolongkan . Dia jumpa budak ni masa melawat penjara Pokok Sena. Boleh baca di FB dan TikTok Natipah Abu tapi kak natipah x citer detail sangat lah pasal kes dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 04:50 PM | Show all posts
yang untung bf kau jugak sambung mengongkek dengan gf baru kt luar tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 20-6-2023 03:42 PM
seram yach... baru2 ni pun iols terkejut kat US senang lenang je ada sorang remaja perempuan ni be ...

Baby tu kalau hidup dah umur 19 . Sebaya anak ai. Sebenarnya org dah syak and pernah Tanya,tp dia gelak2 aje nafikan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 06:40 PM | Show all posts
hatilara replied at 20-6-2023 04:09 PM
Kes rayuan ni kak Natipah Abu yg tolongkan . Dia jumpa budak ni masa melawat penjara Pokok Sena. Bol ...

ya banduan akhir...ada baca juga kes ni haritu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.236180 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list