CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 306|Reply: 0

[Selangor] Youtuber, Noel Faizal didenda RM2,500 kerana miliki dadah

[Copy link]
Post time 22-6-2023 02:58 PM | Show all posts |Read mode
Petaling Jaya: Youtuber, Noel Faizal didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan memiliki dadah di kawasan parkir sebuah kondominium di sini, tiga bulan lalu.

Majistret Muhammad Iskandar Zainol menjatuhkan hukuman itu selepas Noel Faizal Firdaus Muhamad, 40, mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pindaan, dia didakwa ada dalam kawalannya dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 0.68 gram di tempat letak kereta sebuah kondominium di Damansara Perdana di sini, pada jam 2.15 pagi, 21 Mac lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1980) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu supaya dikenakan hukuman ringan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Loh Xian Yee mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam dan kekerapan kes dadah terutamanya di daerah ini.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... kerana-miliki-dadah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.066066 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list