View: 4087|Reply: 62
|
Ada 146 Gambar Tangkap Layar Berunsur Lucah Dalam Telefon Bimbit Ebit Lew
[Copy link]
|
|
TENOM – Laporan analisis sebuah lagi telefon bimbit yang diperiksa dalam kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew mendapati ada gambar berunsur lucah terkandung dalam telefon itu.
Kandungan itu diperoleh daripada sebuah telefon jenama iPhone yang dianalisis pada 20 Oktober 2021 oleh Juruanalisis Kanan Siasatan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Latifah Abdul Aziz.
Foto: IG
Latifah yang juga saksi ketujuh kes itu berkata, hasil analisis yang dijalankan, sebanyak lapan gambar berkaitan dengan permohonan pegawai penyiasat iaitu bagi mengeluarkan data/maklumat/perbualan/ apa-apa berkaitan unsur seksual.
Hasil analisis kemudiannya disalin ke dalam sebuah cakera padat (CD) untuk diserahkan semula kepada Pegawai Penyiasat, Superintendan Noor Asyikin Shamsuri.
Latifah berkata, telefon bimbit serta laporan analisis itu kemudian diserahkan kepada pegawai penyiasat yang datang mengambil barang kes itu di Makmal Forensik PDRM pada 26 Oktober 2021.
“Pemerhatian yang dijalankan terhadap hasil analisis mendapati ada gambar dipercayai berunsur lucah terkandung dalam telefon berkenaan. Ada lapan imej terkandung dalam CD tersebut,” katanya semasa memberi keterangan di Mahkamah Majistret hari ini.
Berdasarkan gambar yang dianalisis, kesemua lapan gambar dipercayai berunsur lucah atau seksual itu didapati daripada aplikasi WhatsApp yang dikongsi menerusi kumpulan WhatsApp daripada telefon bimbit bertanda H6 iaitu telefon iPhone.
Menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria mengenai imej atau gambar yang diubah suai atau dikacau ganggu, saksi ketujuh itu memberitahu mahkamah daripada lapan gambar dianalisis, satu gambar iaitu gambar kelapan telah ditambah pelekat (sticker) di bahagian atas gambar, manakala gambar lain tidak diubah suai.
Pada perbicaraan sebelah pagi tadi, Latifah memberitahu mahkamah bahawa dalam telefon yang dianalisis sebelum ini yang bertanda N1, sebanyak 936 gambar tangkap layar telah diperoleh.
Daripada jumlah itu, sebanyak 146 gambar tangkap layar dipercayai berunsur lucah turut dikeluarkan daripada telefon bimbit berjenama Samsung tersebut.
Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom di antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.
Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.
Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad dan Zahida Zakaria, manakala Ebit diwakili peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut dan Mohd. Syarulnizam Salleh Keruak. – CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa kes dia ni org exposed.bau2 ikan dulu ramai pentaksub kemain lagi backup. Pitenah kate nye… dah agak dah dia ni clout chaser!
Sama je dgn lebai2 PAS yg gigih berpolitik tu sume.. memperdagangkan akhirat demi kesenangan dunia!! |
|
|
|
|
|
|
|
banyak le bebenang setad poron ni... tabuleh merge ke haaaaaaaaa? |
|
|
|
|
|
|
|
Rebbit.. rebbit.. krukkruk (bunyi katak) Setat pojaan suri rmh yg kergersangan. Serius, iol geli tgk muka rebbit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ebit Irawan Ibrahim
Nuat Ibrahim
Banyak persamaan mereka berdua ni
1. Sama2 menunggang agama
2. Sama2 hipokrit berlakon suci murni depan pentaksub masing2
3. Nama bapak pun sama kahkahkah
4. Dua2 gila sex luar nikah
5. Dua2 ada video lucah di alam maya
6. Dua2 sangat popular dan ramai pentaksub fanatik bodoh
7. Dua2 pentaksub masing2 kata idola mereka kena fitnah
Tapi yg kelakarnya, pentaksub Nuar suka mencela Ebit Lew padahal idola mereka berkelakuan yg sama |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
temfek gambo ni yach... moga2 sejuk cikettt ati2 acik porem sebelum nak menghencap.. pi mekah pon nak branded head to toe.. eee
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dugaan utk org yg kuat menhadapinya. Allah sayang kita semua |
|
|
|
|
|
|
|
Aku malas nk follow kes ni sbb libat doa ebit dgn Allah dan mangsa je.. aku lg berminat nk tahu isu yg didiamkan oleh media. Isu ex DG mengaku kat mahkamah dia xtahu kandungan vaksin dan mengaku vaksin boleh sebabkan sakit jantung ( mati). Haram media x cover pun |
|
|
|
|
|
|
|
patutlah bidadari tetap hadap cendawan enoki pink lebam si bebird lewit ni.....asalkan dapat pakai barang branded walaupun berkelubung ye...... tak kisah share bebird lebam.... boleh lah bermadu ngan monday vajayina lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu org2 alim ni fantasi sex dia liar? Btw dia ni alim ke dia? tk pernah lak tgk dia ceramah2 pasal agama.. asyik misi bantuan & tolong2 org jew.. |
|
|
|
|
|
|
|
No wonderlah parti lobai menang byk kerusi pru lepas sbb senang betul melayu kena tipu dgn geng2 penunggang agama.. |
|
|
|
|
|
|
|
mana bukti bergambarnya takleh dipamerkan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Phishang ebit liew. Terserlah true color. X de masalah kalo nak buat jahat. Yg jd masalah bila buat jahat tp berselindung di sebalik imej baik. Apo bondo. |
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg x pernah suka dia sejak dr dulu lagi. zaman2 dia buat talk suami isteri. apa jadah tah. pastu dulu tv mana suka panggil dia jd pengacara. aku geli dia asyik la bidadari kan isteri. selalu org gini mmg byk red flag. true color terserlah masa pkp.
nasib otak aku bijak dr tertipu dgn mamat ni |
|
|
|
|
|
|
|
awekjepun replied at 23-6-2023 10:26 AM
Aku malas nk follow kes ni sbb libat doa ebit dgn Allah dan mangsa je.. aku lg berminat nk tahu isu ...
Aku dh kena kesan nya |
|
|
|
|
|
|
|
Gambaq lucah mana gambaq lucah?? |
|
|
|
|
|
|
|
Mana bini dia letak muka. Ya allh klw aku jd bini dia time2 cmni mmg rasa malu sesangat. Silap2 xtahan sgt aku minx seperate. Xsggup dh aku 1mlysia tau aib suami. Bini dia tahan ek. |
|
|
|
|
|
|
|
oo patutla heshe asik pakai kopiah je 24jam...ooo kisahnyaaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|