View: 229|Reply: 0
|
[Terengganu]
Ayam RM6 sekilogram, 1.8 tan 'licin' kurang 3 jam
[Copy link]
|
|
Kuala Terengganu: Niat mahu membantu penduduk kampung membuatkan seorang peniaga ayam tekad menjual ayam dengan harga RM6 sekilogram.
Sebanyak 1.8 tan ayam 'licin' dijual dalam tempoh kurang tiga jam sempena jualan Rahmah dalam Program Jom Masuk Kampung (JMK) anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Galeri Tok Pulau Manis, di sini, hari ini.
Peniaga ayam, Mohd Sabri Khamis, 36, berkata, dia mengambil keputusan menjual ayam serendah RM6 sekilogram kerana ingin membantu penduduk kampung yang hadir pada program itu.
Dia yang tinggal di Kampung Beladau Selat, di sini berkata, jika mengikut harga pasaran ia menjual dengan harga antara RM9.50 hingga RM10.50 sekilogram.
"Untuk program JMK ini, saya membuat untuk menjual dengan harga Rahmah dan bersyukur, sambutan memang luar biasa.
"Saya tidak sangka penduduk yang hadir pada program JMK menyerbu tapak jualan sehingga tidak menang tangan dibuatnya," katanya yang ditemui di sini.Disiarkan pada: Jun 23, 2023 @ 5:26pm
Video
PENDUDUK tidak melepaskan peluang mem
Mohd Sabri berkata, walaupun dia baru menceburi bidang perniagaan ayam enam bulan lalu dan menjual dengan harga murah, tapi dalam masa sama berniat untuk membantu penduduk kampung.
Seorang penduduk, Mohd Suffian Ali, 45, berkata dia tidak mahu melepaskan peluang dengan membeli dua ekor ayam untuk dijadikan stok.
Menurutnya, dia tidak dapat membeli dengan harga seperti ini kerana kebanyakan harga runcit RM10 sekilogram.
"Saya berterima kasih kepada peniaga yang menjual harga serendah ini dan ia sedikit sebanyak membantu penduduk menikmati harga ayam Rahmah," katanya.b
PENDUDUK tidak melepaskan peluang membeli ayam segar pada harga RM6 sekilogram. FOTO Ghazali Kori
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -licin-kurang-3-jam |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|