CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kertas siasatan pegawai polis mabuk, tunjuk isyarat lucah diserah pada Bukit Aman

[Copy link]
Post time 24-6-2023 01:35 PM | Show all posts |Read mode

BUKIT Aman. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Kertas siasatan berhubung kejadian pegawai polis yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis sudah diserahkan kepada Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya merujuk siasatan kepada Bahagian Perundangan Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

"Kertas siasatan itu dihantar pada minggu lalu dan kita sedang menunggu maklum balas daripada Bukit Aman.

"Pegawai perundangan akan meneliti siasatan itu sama ada perlu penambahan untuk lengkapkan lagi siasatan atau sebaliknya," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) Taman Bukit Cheras di sini, hari ini.

Dalam kejadian 17 Jun lalu, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis di Jalan Cheras.

Zam Halim dilaporkan berkata, kejadian berlaku ketika polis peronda sedang menjalankan tugas berhampiran persimpangan lampu isyarat Pudu Ulu menghala Maluri pada 4.10 pagi dan melihat sebuah Perodua Myvi dipandu secara melawan arus.

Beliau dilaporkan berkata, polis mengejar dan berjaya menahan kereta itu di persimpangan lampu isyarat menghala Flat Sri Sabah.

Katanya, pemeriksaan mendapati suspek memandu dalam keadaan mabuk dan turut menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis semasa pemeriksaan dilakukan serta tidak memberikan kerjasama sehingga berlaku pergelutan semasa tangkapan dijalankan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -diserah-pada-bukit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.035466 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list