View: 236|Reply: 0
|
[Kelantan]
'Tajam boleh sembelih 40 lembu'
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Sejak sebelum Ramadan Mohd Almizan Mat Husain sibuk menyiapkan lebih 300 pisau lapah dan golok yang ditempah pelanggan.
Kebanyakan tempahan dibuat untuk kegunaan pada ibadah korban Aidiladha, Khamis ini selain aktiviti lain.
Masanya banyak dihabiskan di bengkel hadapan rumah di Kampung Buluh Poh, Ketereh memandangkan dia tidak dibantu pekerja.
Mohd Almizan, 47, berkata, permintaan diterima sejak tiga bulan lalu dan bersyukur kerana dapat menyiapkan pisau dan golok dihajat pelanggan terutama bagi menyempurna ibadah korban.
"Pekerja saya sakit, jadi saya perlu menyiapkan semua tempahan sendirian sejak sebelum Ramadan lagi.
"Kerja in sebati dengan saya sejak 15 tahun lalu dan tiada masalah bagi saya menyiapkannya," katanya.
Seorang tukang besi, Mohd.Almizan Mat Husin, 42, menunjukkan kapak dan parang sembelih yang ditempah pelanggannya untuk digunakan menyembelih haiwan korban ketika ditemui di bengkelnya di Kampung Buloh Poh, Ketereh di sini, FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Menurutnya, dia mengambil masa satu ke tiga hari bagi menyiapkan satu pisau lapah yang tidak memerlukan perincian, sebaliknya menumpukan pada kualiti bilah.
Katanya, bagi menjamin kualiti dan ketajaman, dia menggunakan besi import tahan karat dan tidak mudah serpih namun harganya lebih mahal iaitu RM25 seinci.
"Pisau ini mampu menyembelih 40 lembu dalam satu masa dan sangat sesuai untuk ibadah korban kerana boleh menjimatkan masa," katanya.
Selain pisau lapah dan golok, Mohd Almizan turut menghasilkan sabit, parang, peralatan mengait sawit dan badik.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-sembelih-40-lembu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|