View: 325|Reply: 0
|
[Kelantan]
Wanita mengandung 7 bulan didakwa rompak warga emas
[Copy link]
|
|
Seorang wanita mengandung didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan cuba merompak terhadap seorang warga emas, bulan lalu. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Kota Bharu: Seorang ibu mengandung tujuh bulan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan cuba merompak terhadap seorang wanita warga emas, 22 Jun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Nor Fahtihah Ahmadi, 34, yang juga suri rumah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Idzham Naim Che Ani.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan iaitu menjerut leher dan mengacukan pemutar skru serta cuba merompak kepada seorang wanita, Ramainor Daud, 64.
Perbuatan itu dilakukan di Kampung Tanjung Chat di sini, antara 10 pagi hingga 11 pagi, pada 22 Jun lalu.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan juga denda.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Siti Aisyah Abdul Manah, manakala tertuduh diwakili peguam, Syed Muhammad Syafiq Syed Abu Bakar.
Terdahulu, Siti Aisyah mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM15,000 kepada tertuduh, manakala Syed Muhammad Syafiq memohon supaya mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada tertuduh kerana wanita itu sedang mengandung.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.
Difahamkan, wanita berkenaan membayar jumlah jaminan yang ditawarkan itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-rompak-warga-emas |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|