|
MUHAMMAD Zulqarnain (berdiri kiri) dan Azizah yang ditemui lemas, manakala ahli keluarga lain masih hilang.
Kemaman: Polis sudah mengenal pasti lapan lagi mangsa yang dikhuatiri lemas dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Puteh di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, tujuh daripadanya adalah sekeluarga, manakala seorang lagi adalah bakal menantu keluarga itu.
Katanya, mereka dikenali, Karim Abdullah, 39, dan enam anaknya iaitu Putri Balqis Izzati, 18; Putri Alleya Maisarah, 16; Putri Nor Fatin, 14; Putri Nurerina Natasya, 10; Muhammad Haziqah Ziqree, 6; dan Putri Aryana Umaira, 4.
"Seorang lagi mangsa ialah Muhammad Fikri Salman, 24, yang juga tunang Puteri Balqis Izzati.
"Muhammad Fikri berasal dari Batu Pahat, Johor dikatakan mengikut keluarga terbabit untuk berkelah di situ," katanya.
Hanyan berkata, Azizah Eiyi, 40, dan Muhammad Zulqarnain Hailkal, 11, yang ditemui semalam pula merupakan isteri serta anak Karim.
Katanya, pihaknya percaya motosikal jenis SYM dan Proton Gen2 yang ditemui di lokasi merupakan kenderaan dinaiki keluarga berkenaan dengan motosikal ditunggang Muhammad Fikri dan Puteri Balqis Izzati.
Beliau memaklumkan Karim bekerja sebagai pemandu jengkaut di kawasan hutan Air Putih dan dipercayai mahir dengan selok-belok kawasan perkelahan itu yang sukar diakses.
Keluarga berkenaan yang berasal dari Felda Lepar Hilir 3, Kuantan dikatakan berkelah di situ kira-kira 2 petang.
Bomba semalam melaporkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguh lebih awal kerana bimbang kepala air berulang dan akan disambung pagi ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mangsa-masih-hilang |
|