CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 241|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Wafiy terlantar bagaikan bayi baru lahir

[Copy link]
Post time 3-7-2023 05:23 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Wafiy Adli Isham terlantar sejak berumur empat bulan akibat penyakit saraf dan tulang lembut. FOTO Ihsan Adli Isham Abas

Seremban: Ketika kanak-kanak seusianya bersekolah dan melangkah ke alam remaja, Ahmad Wafiy Adli Isham, 12, pula terlantar ibarat bayi baru lahir kerana menderita akibat penyakit saraf dan tulang lembut yang menyebabkannya badannya lembik.

Meskipun begitu, ibu, Norliyana Abdullah, 36, dan bapanya, Adli Isham Abas, 45, tetap menganggap Ahmad Wafiy sebagai anugerah terindah.

Adli Isham yang menetap di Rumah Rakyat Pancur Paroi di sini berkata, Wafiy dilahirkan normal namun menderita penyakit itu ketika berusia empat bulan.

Katanya, doktor juga mengesahkan Wafiy orang kurang upaya (OKU) kategori pembelajaran dan menerima kad OKU ketika berusia lima bulan.

"Wafiy tiada sawan atau penyakit lain. Dia perlu diuruskan tidak ubah seperti bayi,"katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Adli Isham, doktor pernah mengatakan Ahmad Wafiy tiada harapan untuk sembuh namun dia dan isteri, tidak pernah berputus asa.

Adli Isham berkata, selain merujuk pakar, pelbagai ikhtiar dilakukan termasuk memberi makanan tambahan, melakukan terapi air panas dan menggunakan pasir pantai.

"Dulu, kepalanya tak boleh bergerak tetapi kini ada sedikit pergerakan termasuk pada tangan dan kakinya. Ada yang kata tak perlu ikhtiar kerana Wafiy tidak akan pulih menyebabkan perasaan kami terguris.

"Itu belum lagi tuduhan mengatakan kami menipu mengenai keadaan Wafiy namun saya dan isteri anggap ia ujian buat kami," katanya yang masih perlu membawa Wafiy untuk rawatan susulan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini.

Adli Isham berkata, buat masa ini, dia menyara keluarga dengan bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala isterinya suri rumah sepenuh masa.

"Dulu saya kerja tukang masak di kedai makan namun banyak ambil cuti disebabkan anak sakit jadi terpaksa cari kerja lain.

"Pendapatan bulanan hanya RM1,500 dan ikutkan memang tak cukup kerana perlu menyara seorang lagi anak, Ahmad Naiil yang kini berumur sembilan bulan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2,000.

"Bagaimanapun, Baitulmal ada beri bantuan bulanan iaitu lampin pakai buang dan susu jadi dapatlah meringankan sedikit beban saya," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu Ahmad Wafiy boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 155015080781 atas nama Norliyana Abdullah atau menghubungi Adli Isham di talian 011-23138027.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kan-bayi-baru-lahir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.612358 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list