View: 283|Reply: 0
|
[Terengganu]
Ikan koi kohaku RM80,000 seekor
[Copy link]
|
|
Mohd Zulkifli Husin, 48, dari Kampung Gong Pauh menunjukkan ikan koi kohaku miliknya. - Foto AHMAD RABIUL ZULKIFLI
CHUKAI: Seekor ikan koi kohaku milik seorang penghobi ikan koi di Kampung Gong Pauh di sini ditawar dengan harga RM50,000 seekor.
Bagaimanapun ikan koi berusia lima tahun itu tidak dijual kerana bakal menyertai Pertandingan Ikan Koi peringkat Asia Tenggara pada Ogos atau September ini.
Mohd Zulkifli Husin, 48, atau lebih dikenali dengan panggilan Usop Cerek berkata, ikan koi berwarna merah putih itu dibeli daripada Momotaro Farm di Jepun dan ia antara ikan koi paling lama dibelanya.
"Saya mempunyai lebih 30 ikan koi gred A daripada Jepun tetapi ikan koi kohaku itu yang diminati dan ingin dibeli.
"Sebelum ini memang pernah berhasrat untuk menjual ikan koi itu tetapi dengan harga RM80,000 sesuai dengan kualitinya.
"Tetapi sekarang ikan koi itu dalam kondusi paling baik dan akan dipertandingkan serta mempunyai peluang untuk menang," katanya.
Beliau berkata, pertandingan ikan koi Asia Tenggara itu akan disertai penghobi yang terkenal dari Thailand, Filipina, Vietnam, Singapura dan Indonesia.
"Tahun lalu ikan koi milik saya dinobatkan ikan koi terbaik dalam pertandingan ikan koi terbuka di Selangor oleh itu harapan tinggi diletakkan pada ikan koi yang diternak itu.
"Kos makanan membela ikan koi tinggi, bayangkan makanan untuk menjaga kualiti warna ikan koi berharga RM900 untuk 15 kilogram dan ia diimport dari Jepun.
"Bagaimanapun kos yang tinggi itu tidak menghalang peminat ikan koi gred A untuk meneruskan minat masing-masing.
Beliau berkata, peminat ikan koi gred A itu semakin meningkat oleh itu ikan koi itu senang dijual walaupun harganya tinggi.
https://www.bharian.com.my/berit ... haku-rm80000-seekor |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|