CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

[Kelantan] Pemuda maut digilis kereta api

[Copy link]
Post time 6-7-2023 12:20 PM | Show all posts |Read mode

Seorang pemuda meninggal dunia dipercayai digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Tanjung, di sini, jam 7 pagi, hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Pasir Mas: Pemuda maut dipercayai digilis kereta api di Kampung Tanjung di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa, Mohammad Aqil Irfan Hizuan, 23, meninggal dunia di lokasi dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat.

Bapanya, Hizuan Jusoh, 52, berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa anaknya selepas diberitahu adik ipar, Aiman Abd Rashid, 20, dan segera ke lokasi.

"Mengucap panjang saya melihat anak sudah tidak bernyawa dan parah di kepala.

"Saya kemudian mengangkat dan mengalihkan arwah. Saya jangka kejadian berlaku awal pagi kerana tubuhnya sejuk selain bajunya dipenuhi embun," katanya ketika ditemui.

Menurut Hizuan, kali terakhir dia bertemu anak ketiga daripada lima beradik itu dua hari lalu, memandangkan Mohammad Aqil tinggal bersama datuknya sejak berusia 15 tahun di kampung berhampiran lokasi kejadian.

"Saya tidak berbual panjang dengannya dan dia juga kelihatan ceria seperti biasa, tiada sebarang tingkah laku meragukan," katanya.

Hizuan berkata, dia dimaklumkan yang Mohammad Aqil ada menghantar pesanan WhatsApp meminta maaf kepada abangnya, Mohammad Zuhairi, 28, yang pulang ke Johor, malam tadi.

"Mereka berdua sangat rapat dan arwah meminta maaf kerana tidak sempat berjumpa sebelum abangnya itu pulang selepas cuti Aidiladha.

"Landasan kereta api ini sering digunakan penduduk termasuk arwah sendiri, jadi mungkin ketika kejadian, dia melintasi landasan untuk ke rumah bapa saudara yang berdekatan," katanya.

Katanya, mereka sekeluarga reda dengan apa yang berlaku dan berharap urusan pengebumian dipermudahkan.

Jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chengal Kampung Jelujuk.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -digilis-kereta-api

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.115282 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list