CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 228|Reply: 0

[Kelantan] 'Sampai hati buat kami begini...'

[Copy link]
Post time 9-7-2023 03:44 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Firdaus bersama isterinya menunjukkan laporan polis yang dibuat kerana mendakwa ditipu seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota tentera untuk urusan tempahan makanan. FOTO IHSAN MOHD FIRDAUS

Kota Bharu: Peniaga char kuetiau terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM1,500 apabila tempahan menu itu yang kononnya untuk sebuah majlis selama tiga hari rupa-rupanya hanyalah penipuan.

Mohd Firdaus Mohamed Nor, 40, yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan berkata, dia dihubungi seorang individu mengaku anggota tentera berpangkat sarjan pada 5 Julai lalu.

Menurutnya, lelaki terbabit mendakwa ingin membuat tempahan beberapa menu air tangannya untuk majlis tertutup bermula 6 Julai hingga semalam.

"Individu itu mengaku sebagai Sarjan Mohd Syakir dari sebuah kem tentera di Terengganu dan ingin membuat tempahan untuk satu majlis yang tidak diberitahu apa konsepnya dan di mana lokasi.

"Tempahan itu dibuat bagi hidangan 120 orang untuk makan dua kali sehari dari 6 Julai hingga 8 Julai lalu dengan menu char kuetiau, mi goreng dan nasi lemak ayam berempah.

"Dia menghubungi saya sehari sebelum majlis dengan memberi alasan 'last minute' menyebabkan terpaksa meminta bantuan saya untuk menyediakan menu itu," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohd Firdaus yang hampir 10 tahun mengusahakan perniagaan char kuetiau berkata, dia ada bertanya mengapa tidak mengambil katerer di Terengganu, namun pemanggil memberi alasan 'majlis' itu diadakan secara tertutup dan enggan diketahui ramai.

Menurutnya, dia ditemani isteri, Norizawati Abdul Latif, 50, yang juga OKU penglihatan segera ke pasar pada pagi 6 Julai lalu bagi membeli barang basah memandangkan tempahan yang dibuat itu akan diambil pada 3 petang.

"Saya serta isteri cacat penglihatan dan sebaik menerima tempahan sebegitu, kami agak teruja sebelum segera ke pasar dengan menaiki kenderaan e-hailing disebabkan tidak boleh memandu kereta.

"Kos pembelian bahan mentah mencecah RM1,500 dan sebaik tiba di rumah, kami segera menyiapkan menu untuk hari pertama kerana anggota tentera itu mahu mengambilnya pada 3 petang.

"Bagaimanapun sehingga 4 petang, dia masih belum datang dan telefonnya juga sudah gagal dihubungi sehingga hari ini... sampai hatinya membuat kami sebegini," katanya yang hanya menjalankan perniagaan itu secara kecil-kecilan di gerai hadapan rumah.

Katanya, sebaik menyedari ditipu, dia membuat laporan di Balai Polis Nilampuri, di sini, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Sementara itu, sumber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memaklumkan tiada anggota bernama Sarjan Mohd Syakir di kem terbabit selain nombor telefon yang digunakan juga bukan milik mana-mana kakitangan mereka.

Menurutnya, pihaknya tidak mengetahui motif sebenar individu itu memperkenalkan diri sebagai anggota tentera, namun sedikit-sebanyak turut menjejaskan imej ATM.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ti-buat-kami-begini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.062642 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list