CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 267|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 7 dikompaun merokok di pusat beli-belah

[Copy link]
Post time 9-7-2023 03:56 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA individu yang dikenakan kompaun selepas didapati merokok dalam Operasi Larangan Merokok di Kompleks Beli-Belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Kuala Lumpur: Tujuh individu dikompaun kerana merokok dalam Operasi Larangan Merokok di sebuah kompleks beli-belah di sini, Khamis lalu.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataannya hari ini, memaklumkan operasi itu bermula pada 10 pagi.

"Operasi dijalankan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL disertai seramai lapan anggota diketuai oleh Muhammad Sharul Mohd Nasir.

"Tujuh individu dikompaun selepas didapati merokok di kawasan larangan dan dikenakan notis 11(1)(n) di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004," katanya.

Menurutnya, pihak pengurusan kompleks beli-belah terbabit juga disarankan untuk menambah lebih banyak papan tanda larangan merokok terutama di kawasan tempat parkir kenderaan.

"Pihak pengurusan itu turut dimaklumkan supaya menggunakan tong sampah yang tidak bersekali dengan tempat membuang abu rokok bagi mengelakkan pelanggan atau pekerja merokok di dalam premis.

"Nasihat dan pendidikan kesihatan turut diberikan berkenaan penguatkuasaan kawalan hasil tembakau kepada orang awam," katanya yang memaklumkan ketua penyelaras operasi itu adalah Timbalan Pengarah Kanan JKAS Dr Norhalizam Ismail.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... di-pusat-beli-belah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.035215 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list