CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192|Reply: 0

[Johor] 'Ada yang sudi tak? Saya pun teringin'

[Copy link]
Post time 10-7-2023 04:29 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Faizareza Mansor mencari rezeki sebagai penternak lembu. FOTO ihsan Mohamad Aqmal Azhari

Batu Pahat: "Ada tak yang sudi dengan saya? Saya pun teringin nak pasangan tapi tak dapat...kalau saya normal mungkin saya dah kahwin," luah Mohd Faizareza Mansor yang juga orang kurang upaya (OKU) kerdil.

Video luahan perasaan Mohd Faizareza, 39, dimuat naik rakannya, Mohamad Aqmal Azhari, 29, di TikTok sekali gus mendapat perhatian netizen dengan ramai mendoakannya bertemu jodoh dengan wanita yang menerima dirinya seadanya.

Berkongsi kisahnya, Mohd Faizareza dari Kampung Parit Separap di sini, berkata, dia mencari rezeki dengan menternak lembu dan turut mengambil upah memotong rumput.

Anak keempat daripada lima beradik itu mengakui ada keinginan untuk berumah tangga namun belum bertemu jodoh jadi kini hanya fokus dengan kerja hakikinya.

"Saya pernah berkawan dengan wanita, namun setakat itu saja. Mungkin tiada jodoh untuk ke fasa lebih serius dan berkahwin," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Mohd Faizareza, dia belum menerima kiriman mesej daripada mana-mana wanita yang serius berkenalan dengannya.

Bagaimanapun, dia tidak bersedih kerana gembira menikmati hidupnya kini bersama 60 ekor lembu peliharaannya.

"Saya malas nak fikir sangat (soal jodoh). Jika ada, saya terima...jika tidak pun okay saja.

"Walaupun tiada pasangan, saya bersyukur kerana Allah SWT kurniakan rezeki yang banyak.

"Tawaran kerja potong rumput juga tak putus jadi dapatlah bayar pekerja.

"Kalau ditakdirkan dapat pasangan nanti pun biarlah yang ikhlas terima saya, bukan nak duit saja tapi tak nak pun orangnya," katanya yang menceburi bidang ternakan lembu sejak 2014 kerana minat.

Sementara itu, rakannya, Mohamad Aqmal berkata, dia muat naik video di TikTok kerana mahu membantu Mohd Faizareza.

"Dia (Mohd Faizareza) nak kahwin tetapi tiada jodoh. Dia malu itu yang saya tolong carikan untuknya dan tak sangka video berkenaan boleh tular," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... k-saya-pun-teringin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.052802 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list