CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 250|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Jadi 'port' mabuk, tinggal sampah

[Copy link]
Post time 10-7-2023 04:31 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Jailani menunjukkan longgokan sampah dan botol arak ditinggalkan pengunjung di kawasan air terjun Kampung Sungai Mahang. FOTO Ahmad Hasbi

Nilai: Air terjun dekat Kampung Sungai Mahang, di sini yang sepatutnya menjadi lokasi bersantai dan riadah bersama keluarga, tercemar akibat sampah yang ditinggalkan pengunjung.

Lebih teruk, lokasi itu turut dijadikan port segelintir pengunjung untuk mabuk pada waktu malam, malah meninggalkan botol arak bergelimpangan di kawasan air terjun.

Pengunjung, Mohd Adzri Abdullah, 52, berkata, kali pertama mengunjungi air terjun itu, dia sangat kecewa apabila pemandangannya tercemar dengan sampah sarap.

"Apabila sebut air terjun, kita akan terbayang kawasan terjun yang bersih, udara segar dan sejuk. Namun, sebaik tiba, jangkaan saya meleset apabila melihat sampah dilonggok di banyak tempat.

"Jika ada satu tempat mula dilonggokkan, orang lain akan melakukan perkara sama. Saya rasa perkara ini berlaku hampir di semua lokasi riadah seperti ini," katanya ketika ditemui.

Tambahnya, sampah yang menimbun mengundang lalat serta tikus yang memberi risiko kepada pengunjung termasuk ancaman penyakit seperti kencing tikus.

Tinjauan di lokasi mendapati bukan hanya longgokan botol minuman keras, terdapat juga lampin pakai buang dan paling banyak adalah beg plastik serta bekas makanan.

Penduduk tempatan, Muhammad Jailani Ahmad Zawawi, 34, pula berkata, kawasan itu semakin kotor ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 lalu apabila pengunjung tidak dapat merentas daerah.

"Kawasan ini mula dikenali selepas ramai penduduk Nilai yang tidak dapat beriadah ke kawasan pantai seperti Port Dickson. Jadi mereka datang ke sini untuk mengisi masa dan bawa anak-anak.

"Namun, apa yang dikesalkan apabila kami mendapati banyak sampah ditinggalkan. Penduduk Orang Asli di kawasan itu juga mengadu kepada kami mengenai perkara ini," katanya.

Pengunjung, Muhammad Maula Mohd Kamal Bahrin, 32, berkata, kecewa apabila orang ramai yang mengunjungi lokasi riadah itu tidak mementingkan kebersihan alam sekitar.

"Ini menunjukkan kesedaran buang sampah yang masih rendah dalam kalangan pengunjung. Sepatutnya mereka menyediakan plastik sampah sendiri dan membawa sampah sendiri pulang.

"Jika kunjungi tempat ini pada tengah hari, banyak anjing korek makanan daripada timbunan sampah. Kehadiran anjing sudah menyakitkan mata, ditambah sampah-sarap pula," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... abuk-tinggal-sampah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.045581 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list