View: 226|Reply: 0
|
[Selangor]
Lelaki Bangladesh maut, sembunyi dalam mesin elak dicekup
[Copy link]
|
|
Pekerja lelaki warga Bangladesh ditemui maut dipercayai bersembunyi di dalam mesin di sebuah premis di, Rawang Industri Estate ketika operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) malam tadi. FOTO Ihsan Bomba
Rawang: Pekerja lelaki warga Bangladesh ditemui maut dipercayai bersembunyi di dalam mesin adunan gentian (mixer fiber) di sebuah premis di, Rawang Industri Estate ketika operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.27 pagi ini.
Menurutnya, seorang pegawai dan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi.
"Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta bantuan untuk mengeluarkan lelaki Bangladesh berusia 30-an tidak sedarkan diri di dalam mesin itu dipercayai bersembunyi daripada operasi JIM.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh KKM sebelum bomba tiba.
"Mayat kemudian dibawa keluar diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -mesin-elak-dicekup |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|