View: 646|Reply: 1
|
Tak Pernah Marah Selama Setahun Jalin Ibadah Luar Biasa, Rupanya Cita Citata Dah Nikah Dengan Cucu Bekas Presiden Indonesia
[Copy link]
|
|
Penyanyi dangdut Cita Citata akhirnya membuat pendedahan menerusi hantaran di Instagram bahawa dia sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya iaitu Didi Mahardhika setahun lalu.
Perkara tersebut dikongsi pasangan berkenaan sempena meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka yang jatuh pada 9 Julai.
IG
Dalam hantaran tersebut Cita, 29, meluahkan rasa syukur menjadi isteri kepada cucu kepada bekas presiden Indonesia pertama, Soekarno.
"Saya ingin berterima kasih kepada Tuhan kerana bertemu dengan lelaki yang penyabar, sederhana, berjiwa besar walau dihentam badai, setia dan berpandangan luas.
"Selama setahun bersama menjalinkan ibadah yang luar biasa ini, tidak bernah ada luka di hati kerana dia tidak pernah marah," ungkapnya.
Dalam masa sama, Cita juga sempat menitip doa dan nasihat buat rakan-rakan supaya tidak pernah berhenti berharap mencari pasangan hidup.
"Buat rakan-rakan yang belum bertemu jodoh sesuai mengikut kemahuan sendiri, sebaiknya perbaiki diri kita dahulu dan berdamai dengan diri sendiri," ujarnya.
Sekitar September tahun lalu kecoh kisah Cita dan Didi yang dikatakan membatalkan perkahwinan mereka kerana gagal hadir ke pejabat agama bagi urusan pendaftaran.
Bagaimanapun ternyata pasangan itu sudah bernikah lebih awal namun tidak menghebohkan kepada umum.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
| |
|