View: 189|Reply: 0
|
AS tersungkur penentuan penalti Piala Emas
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/panam137b_1689219747.jpg)
Pemain tengah Panama, Adalberto Carrasquilla memeluk penjaga gol Orlando Mosquera selepas menjaringkan penalti kemenangan menewaskan AS 6-5 pada separuh akhir Piala Emas CONCACAF di Stadium Snapdragon, San Diego awal pagi tadi. – Foto AFP
SAN DIEGO, Amerika Syarikat: Orlando Mosquera menyelamatkan sepakan penalti keenam Cristian Roldan untuk membantu Panama menewaskan tuan rumah Amerika Syarikat (AS) pada separuh akhir Piala Emas CONCACAF di San Diego, awal pagi tadi.
Adalberto Carrasquilla kemudian menyempurnakan sepakan penalti mengatasi penjaga gol Arsenal, Matt Turner untuk membolehkan Panama melakar kemenangan 5-4 berdepan juara bertahan itu.
Mosquera turut menyelamatkan penalti pertama yang diambil Jesus Ferreira manakala Turner menghalang sepakan ketiga Panama yang dilakukan Cristian Martinez.
Kemenangan itu membolehkan Panama layak ke final Ahad ini menentang pemenang antara Mexico-Jamaica di Inglewood, California.
Perlawanan itu terikat tanpa jaringan sepanjang 90 minit pertama sebelum Ivan Anderson meletakkan Panama di depan pada minit ke-99 namun Ferreira menyamakan kedudukan enam minit kemudian.
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/panam137_1689219744.jpg)
Pemain Panama meraikan kemenangan menyingkirkan AS pada separuh akhir Piala Emas CONCACAF di Stadium Snapdragon, San Diego awal pagi tadi. – Foto REUTERS
Ia kelihatan hampir sama seperti aksi suku akhir AS menentang Kanada Ahad lalu apabila Kanada mendahukui 2-1 pada masa tambahan sebelum AS menyamakan kedudukan dan menang penentuan penalti selepas Turner bertindak cemerlang menyelamatkan dua penalti lawan.
Anderson, yang merakam gol pertamanya dalam lima aksi antarabangsa, melambungkan bola melepasi jangkauan Turner, yang keluar dari kotak penalti untuk menyelamatkan keadaan dan bola bergolek ke dalam pintu gol yang ternganga.
Ferreira, yang meledak dua hatrik pada peringkat kumpulan, menjaringkan gol menerusi rembatan voli selepas Jordan Morris menanduk bola ke arahnya.
Ia kali pertama AS bermain masa tambahan dalam dua perlawanan berturut-turut dan mereka tidak pernah bermain dalam masa tambahan pada kejohanan sama. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... -penalti-piala-emas |
|
|
|
|
|
|
| |
|