CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 0

[Johor] Hakim menangis dalam mahkamah

[Copy link]
Post time 13-7-2023 03:35 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas dikenakan penjara 72 tahun dan 30 sebatan. FOTO Alias Abd Rani

Muar: "Sebagai ayah, kamu sepatutnya menjadi wira dalam keluarga melindungi anak-anak. Saya sedih mengapa perkara ini boleh berlaku," luah Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat, sebelum menjatuhkan hukuman penjara 72 tahun serta 30 sebatan terhadap seorang tukang urut yang mengaku bersalah merogol anak kandungnya.

Tertuduh berusia 46 tahun itu membuat pengakuan bersalah sebaik ketiga-tiga pertuduhan dibaca.

Abu Bakar dilihat menitiskan air mata ketika jurubahasa membacakan fakta kes tertuduh di mahkamah di sini, tadi.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya berusia 14 tahun dengan kejadian pertama berlaku pada 22 Jun lalu.

Dia sekali lagi mengulangi perkara sama pada 26 Jun dan kejadian terakhir dilaporkan berlaku pada 3 Julai lalu.

Ketiga-tiga kejadian berlaku di tempat sama iaitu sebuah rumah di Sri Medan, Batu Pahat.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan sehingga 10 kali bagi setiap pertuduhan.

Selepas mengambil kira pengakuan tertuduh, Abu Bakar kemudian menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan 10 sebatan masing-masing untuk pertuduhan pertama, kedua dan ketiga.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara serentak tetapi bagi hukuman sebatan, perlu dijalankan secara berasingan.

Bagaimanapun, Seksyen 288 Kanun Tatacara Jenayah menyatakan 24 sebatan adalah jumlah maksimum dibenarkan mengikut kanun berkenaan.

Tertuduh juga diarahkan menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditahan 8 Julai lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum dengan mengambil kira perkembangan terkini kes rogol melibatkan bapa kandung selain mencerminkan kepentingan awam melebihi tertuduh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngis-dalam-mahkamah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.046913 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list