View: 298|Reply: 0
|
[Terengganu]
Ulang kaji 4 pagi, anak pembuat kuih cemerlang STPM
[Copy link]
|
|
Aqilah Talib, 20 ditemani ibunya, Mariam Chik, 61 kelihatan gembira selepas selepas mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman. FOTO GHAZALI KORI
Kuala Terengganu: Bangun tidur seawal 4 pagi setiap hari untuk mengulangkaji pelajaran selama satu jam diikuti membantu ibu bapa membuat kuih sebelum pergi ke sekolah.
Itu rutin harian Aqilah Talib, 20, seorang daripada 112 pelajar terbaik Terengganu yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.0 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 di sini, hari ini.
Anak bongsu daripada 10 adik-beradik itu berkata, dia akan ke sekolah selepas membantu ibunya, Mariam Chik, 60, menyiapkan kuih sebelum bapanya, Talib Abdul Rahman, 70, menghantar ke kedai makan atau warung berhampiran.
Menurutnya, dia tidak menjadikan bangun tidur seawal pagi sebagai alasan sebaliknya membuatkannya terus bersemangat belajar untuk memperoleh keputusan lebih baik.
"Rutin harian saya dengan membahagikan masa ulang kaji pelajaran dan membantu ibu membuat kuih pada 5 pagi setiap hari untuk dihantar ke kedai makan.
"Saya mula bangun seawal 4 pagi setiap hari dengan mengambil masa satu jam untuk mengulangkaji pelajaran dan bersyukur apabila mendapat keputusan cemerlang," katanya yang ditemui selepas pengumuman STPM di di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini, hari ini.
Aqilah berkata, keputusan dia menolak tawaran dalam jurusan pelancongan Universiti Teknolagi Mara (UiTM) Dungun dengan menyambung pelajaran di SMK Sultan Sulaiman juga satu keputusan tepat.
Dia
yang tinggal di Kampung Pak Bang, Pasir Panjang di sini, berkata, antara alasan tidak menerima tawaran itu juga kerana enggan menanggung hutang pinjaman mendorongnya memilih mengambil STPM.
"Walaupun ramai yang memberitahu STPM susah, namun saya tetap dengan keputusan untuk menyambung pelajaran di tingkatan enam terlebih dulu.
"Selepas ini, kalau ada rezeki saya mahu menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kuih-cemerlang-stpm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|