CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 1

[Johor] 3 mati dalam MPV, polis tunggu laporan bedah siasat

[Copy link]
Post time 19-7-2023 11:42 AM | Show all posts |Read mode

MAYAT warga Myanmar tiba di Jabatan Forensik HSNI. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Siasatan kes tiga warga Myanmar yang ditemukan mati di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Yong Peng, malam tadi, setakat ini, diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk menunggu laporan bedah siasat.

"Setakat ini, polis buka kertas siasatan sebagai mati mengejut. Namun, semuanya bergantung kepada laporan bedah siasat.

"Siasatan awal mendapati, tiada sebarang unsur jenayah ditemukan pada ketiga-tiga mangsa," katanya ketika dihubungi.

Shahrulanuar berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya percaya kesemua mereka dalam perjalanan ke Pasir Gudang.

"Rekod diperolehi mendapati mereka mempunyai pasport dan bekerja di sana (Pasir Gudang)," katanya.


SHAHRULANUAR Mushaddat.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, tiga termasuk seorang wanita Myanmar ditemukan tidak sedarkan diri di dalam MPV berkenaan di R&R Yong Peng arah Selatan.

Ketiga-tiga mereka ditemukan orang awam, dalam keadaan tidak sedarkan diri. Orang awam kemudian bertindak memecah cermin MPV itu.

Bagaimanapun, pasukan perubatan tiba di lokasi membuat pemeriksaan dan mendapati ketiga-tiganya sudah meninggal dunia.

Mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini, untuk tindakan lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aporan-bedah-siasat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2023 12:15 PM | Show all posts
3 maut dalam MPV disyaki tertidur sebab penat


Tiga warga Myanmar berjaya dikeluarkan dari MPV namun meninggal dunia di R&R Yong Peng, malam tadi. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Tiga warga Myanmar yang ditemukan mati dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) malam tadi dilaporkan berhenti rehat di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Yong Peng arah Selatan selepas menempuh perjalanan jauh dari Genting Highlands menuju ke Pasir Gudang, Johor.

Ketiga-tiga mangsa maut ialah Myo Htet, 25, dan Zaw Naing, 23, dan seorang lagi wanita, Khin Mar Yee, 27.

Mereka dikatakan meminjam MPV jenis Perodua Alza itu daripada seorang rakan di Johor Bahru.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mereka mahu pulang ke Pasir Gudang, berhenti di R&R terbabit untuk berehat dan tertidur dipercayai kepenatan.

Bagaimanapun, Shahrulanuar berkata, disebabkan MPV itu berhenti terlalu lama dengan enjin serta penghawa dingin tidak dimatikan, orang awam yang berada di lokasi mula curiga.

"Apabila mendekati MPV itu, mereka melihat tiga individu sedang 'tidur' lalu memanggil serta mengetuk cermin tingkap, namun ketiga-tiga mereka tidak memberi sebarang tindak balas. Kesemua cermin tingkap ditutup rapat serta pintu kereta berkunci dari dalam.

"Lantaran itu, mereka bertindak memecahkan cermin tingkat di bahagian pemandu untuk membuka pintu. Selepas pintu berjaya dibuka, kesemua mangsa kaku sebelum menghubungi polis dan ambulans," katanya ketika dihubungi.

Menurut Shahrulanuar, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.15 malam sebelum sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Balai Polis Yong Peng dan Pasukan Forensik D10, Jabatan Siasatan Jenayah Johor bergegas ke lokasi.

Katanya lagi, pasukan perubatan tiba di lokasi pada jam 10.10 malam membuat pemeriksaan ke atas ketiga-tiga mangsa dan mengesahkan mereka sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk pemeriksaan lanjut dan proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengenalpasti punca kematian.

"Polis memohon kerjasama orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian agar dapat tampil membantu siasatan atau menyalurkan maklumat ke mana-mana Balai Polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis IPD Batu Pahat di talian 07-4343999," katanya.

Terdahulu, tiga warga Myanmar ditemukan mati dalam MPV di R&R Yong Peng pada jam 8.30 malam.

Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut sebelum menunggu laporan bedah siasat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ertidur-sebab-penat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.437607 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list