View: 142|Reply: 0
|
Van de Beek belum pasti kekal di Old Trafford
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/debaivfakdgjiwjy535_1689813826.jpg)
Pemain Manchester United, Donny van de Beek menjaringkan gol dalam kemenangan 1-0 ke atas Lyon di Murrayfield. - Foto AGENSI
MANCHESTER: Donny van de Beek mengakui dia mungkin akan meninggalkan Manchester United selepas tiga tahun bersama kelab Old Trafford itu.
Pemain Belanda itu menjaringkan gol dalam kemenangan 1-0 ke atas Lyon di Murrayfield, penampilan pertamanya selepas enam bulan tidak beraksi akibat kecederaan lutut ketika menentang Bournemouth di Old Trafford pada Januari.
Van de Beek, 26, antara pemain yang akan dilepaskan pengendali, Erik ten Hag pada jendela perpindahan musim panas ini, dengan bekas pemain tengah Ajax itu ditawarkan pada harga 20 juta pound (RM118.73 juta).
"Buat masa sekarang sukar untuk mengatakan berkenaan masa depan saya. Saya mungkin kekal, tetapi ada kemungkinan akan berpindah, jadi semuanya masih terbuka.
"Saya sedang berusaha untuk kembali cergas. Saya dikaitkan dengan banyak kelab, tetapi tumpuan saya adalah hanya untuk mencapai semula tahap kecergasan saya.
Saya masih bangga menyarung jersi ini. Kita lihat apa akan terjadi nanti," kata Van de Beek.
Van de Beek juga menaruh harapan tinggi ke atas penjaga gol baharu, Andre Onana yang hanya menanti keputusan pemeriksaan kesihatan untuk menyertai United.
"Dia penjaga gol yang hebat, saya bermain dengannya untuk beberapa tahun. Dia penjaga gol kelas dunia," kata Van de Beek yang pernah sepasukan dengan penjaga gol Cameroon itu di Ajax. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... kal-di-old-trafford |
|
|
|
|
|
|
| |
|