CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 280|Reply: 0

[Kelantan] Teruja terima tangan palsu sebelum masuk universiti

[Copy link]
Post time 22-7-2023 10:54 AM | Show all posts |Read mode

FATIN Nabilla menerima tangan palsu di NUSA Prosthetic & Orthotic Center Sdn Bhd, di Wakaf Che Yeh, semalam. FOTO Syaherah Mustafa

Kota Bharu: Impian seorang anak gadis untuk memiliki tangan palsu sebelum menjejakkan kaki ke menara gading, akhirnya menjadi kenyataan selepas dia dilahirkan istimewa tanpa lengan sebelah kiri.

Fatin Nabilla Zamri, 18, mengakui teruja untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Pengurusan dan Teknologi Maklumat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, pada September depan.

Dia yang juga anak bongsu daripada tiga adik beradik bersyukur serta berterima kasih kepada Yayasan Raja Shamri (YRS) yang sudi memberi sumbangan tangan palsu bernilai RM8,000 sebelum dia meneruskan pengajian.

"Saya tidak pernah malu dilahirkan sebagai orang kurang upaya (OKU), namun apabila diberitahu ada pihak sudi memberi sumbangan tangan palsu, saya sangat gembira.

"Selain itu, keyakinan diri juga lebih tinggi apabila saya boleh memakai tangan palsu yang sememangnya menjadi impian saya sejak sekian lama. Saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, jadi tidak mampu untuk membelinya sendiri.

"Peluang ini saya akan guna sebaiknya untuk membina keyakinan diri seterusnya belajar bersungguh-sungguh untuk terus berjaya kelak," katanya ketika ditemui selepas proses mengukur saiz tangan di NUSA Prosthetic & Orthotic Center Sdn Bhd, di Wakaf Che Yeh, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengasas YRS, Raja Shamri Raja Husin, yang turut memberi kata-kata semangat untuk anak muda terbabit supaya menjadi lebih kuat dan tidak menjadikan status OKU sebagai penghalang dalam mencapai cita-cita.

Fatin mengakui gementar untuk menerima tangan palsu kerana tidak pernah menggunakannya sebelum ini, namun berharap agar dapat menyesuaikan diri secepat mungkin dengan anggota badan baharu itu.

"Selain saya, bapa (Zamri Abdullah, 57) dan ibu (Siti Auna Mohd Nor, 51) juga teruja untuk melihat saya dengan tangan baharu kerana merekalah yang menjadi tulang belakang dan memberi semangat untuk saya terus yakin dalam menjalani kehidupan seharian.

"Kekurangan diri tidak pernah mematahkan semangat saya untuk turut berjaya seperti orang lain, malah saya lebih bersemangat bagi membuktikan OKU juga mampu cemerlang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... um-masuk-universiti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.054351 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list