CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 0

[Kelantan] Pesan anak solat awal waktu sebelum maut

[Copy link]
Post time 22-7-2023 11:12 AM | Show all posts |Read mode

Muhamad Huzaifah (duduk, dua dari kanan) sebak ketika majlis pengebumian bapa dan adiknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kerinting, Gua Musang semalam. – AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Hasrat dua beranak untuk pulang ke kampung bagi menghadiri kenduri tahlil bertukar tragedi apabila mereka maut selepas Proton Saga yang dinaiki bertembung de­ngan sebuah lori muatan kayu di Kilometer 37, Jalan Gua Musang-Jeli di Kampung Me­ronto di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, mangsa Mohd. Zuki Mohamed Ali, 55, yang juga pemandu ambulans Hospital Gua Musang dan anaknya, Muhammad Hasbullah, 15, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada kepala dan badan.

Anak sulung mangsa, Ummu Noor Hafshah Mohd. Zuki, 28, berkata, sebelum kejadian arwah bapanya sering mengingatkan tentang solat kepada mereka sembilan beradik.

Katanya, arwah bapanya memberi pesan supaya tidak sesekali tinggalkan solat.

“Kejadian berlaku ketika bapa dan dua adik termasuk Muhamad Huzaifah, 18, dalam perjalanan ke Dabong, Kuala Krai untuk menghadiri majlis tahlil malam ke-40 arwah datuk,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Ke­rinting di sini semalam.

Ummu Noor Hafshah berkata, adiknya Muhammad Hasbullah merupakan adalah anak ketujuh dan baharu seminggu tinggal bersama keluarga.

“Muhammad Hasbullah baru bertukar ke Sekolah Menengah Agama (A) Maahad Muhammadi Gua Musang sejak seminggu lalu,” katanya.

Sementara itu isteri Mohd. Zaki, Noor Azizah Ismail, 51, berkata, dia reda dengan kehilangan dua orang insan tersayang dan menganggap ini sebagai ujian.

“Semalam saya ada urusan dan tidak dapat ikut arwah dan dua anak lelaki ke Dabong.

“Ujian ini amat berat kerana hilang keduanya sekelip mata, namun saya reda dan kuatkan semangat demi anak-anak,” katanya.

Tambahnya, jenazah dua beranak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kerinting kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian berlaku ketika Mohd. Zuki yang memandu kereta jenis Proton Saga dinaiki bersama dua anaknya,

Muhammad Hasbullah dan Muhamad Huzaifah, 18 dalam perjalanan dari arah Gua Musang menuju ke Jeli.

“Semasa tiba di laluan sedikit berselekoh, kereta tersebut dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori jenis Isuzu yang membawa muatan kayu.

“Kejadian itu menyebabkan Mohd. Zuki dan Muhammad Hasbullah yang berada di tempat duduk belakang maut di lokasi kejadian kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Choon Foo berkata, Muhammad Hasbullah yang berada di tempat duduk penumpang depan mengalami kecederaan pada bahagian dada.

Menurutnya, pemandu lori tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

?v=1689931614
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.109810 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list