CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pernah ikat perut demi anak

[Copy link]
Post time 23-7-2023 04:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 23-7-2023 04:57 PM



INTAN Maszura dan Mohd Azizi bersama dua anak mereka yang berstatus OKU. FOTO Ihsan Intan Maszura Nordin

Gemas: Berat ujian pasangan suami isteri, Intan Maszura Nordin dan Mohd Azizi Zakaria yang diuji apabila dua daripada empat anaknya berstatus Orang Kurang Upaya (OKU).

Anak ketiga mereka, Nurul Alieya Aqiela, 16, menghidap autisme sejak lahir dan kini mendapat pendidikan di Sekolah Menengah (SM) Vokasional Pendidikan Khas Kuantan, Pahang.

Manakala, anak mereka yang bongsu, Muhammad Hairi Haikal, 15, kini terlantar dan disahkan Cerebral Palsy (CP) ketika berusia enam bulan.

Berkongsi cerita lanjut, Intan Maszura mengakui bukan mudah untuk membesarkan dua anak syurganya itu.

Katanya, ia kerana selain perlu kuat daripada segi mental dan fizikal, dia juga suami perlu bersedia dari segi kewangan.

"Suami kerja sebagai buruh saja namun bukan bekerja tetap jadi pendapatan tak menentu. Anak bongsu masih perlu dirujuk ke Hospital Segamat, Hospital Batu Pahat dan Hospital Tangkak namun jika nak ke sana (hospital) terpaksa menaiki kenderaan e-hailing kerana ada ketika suami tiada dan saya pula tak pandai memandu.

"Tambangnya bukan murah dan sebab itu ada kalanya tak dapat ke hospital kerana perlu gunakan duit untuk perbelanjaan lain terutama sewa bulanan rumah sebanyak RM300," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


GAMBAR kenangan Intan Maszura dan Mohd Azizi bersama anak mereka. FOTO Ihsan Intan Maszura Nordin

Menurut Intan Maszura, dia ada menerima bantuan penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) terlantar sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagaimanapun, bantuan diterima tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan dan meringankan beban suaminya.

"Tak cukup kerana saya dan suami perlu menyara dua lagi anak normal dengan yang sulung (Nurrul Aqirah, 20) masih menuntut di Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB) manakala yang kedua sudah mendapat tawaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Alor Gajah, Melaka dan bakal menyambung pengajian September depan.

"Jadi, kami semua bergantung dengan pendapatan suami saja hingga pernah ikat perut kerana tiada duit nak makan. Ada juga satu ketika kami terpaksa pinjam duit dengan rakan dan keluarga kerana terdesak.

"Jadi, saya harap sangat ada pihak sudi membantu meringankan beban kami kerana dalam keadaan ekonomi sekarang, saya dan suami buntu memikirkan bagaimana kami nak terus bertahan," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke nombor akaun Maybank bernombor 155078501263 bernombor atas nama Intan Maszura Nordin atau menghubunginya di talian 017-729 2330 atau suaminya, Mohd Azizi di talian 011-23090720.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kat-perut-demi-anak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.059440 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list