CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

[Johor] Inisiatif Payung Rahmah perlu diteruskan - Ahmad Zahid

[Copy link]
Post time 24-7-2023 04:23 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Zahid di Allahyarham Salahuddin di Tanah Perkuburan Jalan Sulong Serkat, Pontian, Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Pontian: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu inisiatif Payung Rahmah diteruskan oleh pengganti Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) nanti.

Ahmad Zahid berkata, ia kerana rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar pastinya mengharapkan inisiatif berkenaan dapat diteruskan dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup ketika ini.

"Allahyarham seorang yang sangat baik, rajin bekerja tidak mengira masa dan tidak kira di mana jua. Dalam Kabinet, beliau merupakan seorang yang sangat bekerja keras dan teliti terutamanya apabila menjalankan tentang inisiatif Payung Rahmah.

"Ia harus diberikan kesinambungan oleh sesiapa yang akan dilantik menjadi menteri selepas ini kerana rakyat pasti teringat akan sumbangan beliau pada negara melalui skim Payung Rahmah ini," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat di sini hari ini.

Sejak memegang jawatan Menteri KPDN, Salahuddin melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah jenama Payung Rahmah bagi membantu rakyat menghadapi pelbagai cabaran berhubung kenaikan kos sara hidup terutama ketika negara dan ekonomi sedang pulih daripada kesan pandemik Covid-19.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh yang turut memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham berkata KPDN akan tetap meneruskan legasi Payung Rahmah berkenaan.

Fuziah berkata, Payung Rahmah yang dicetuskan oleh Salahuddin itu kini telah menjadi antara sebutan dalam kalangan masyarakat kerana ia antara usaha membantu rakyat terutamanya golongan yang memerlukan.

"Allahyarham adalah pencetus dan perintis kepada inisiatif ini dan ia merupakan terjemahan daripada rasa kasih serta rasa sayang beliau terhadap insan-insan yang memerlukan. Doakan agar kami dapat meneruskan legasi inisiatif Payung Rahmah untuk rakyat negara ini.

"Negara telah kehilangan pemimpin yang bekerja keras, komited dan sentiasa mengambil berat akan perihal rakyat. Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa beliau dan tempatkannya dalam kalangan orang yang beramal soleh," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eruskan-ahmad-zahid

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.042110 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list